Langkah Pengajaran
Mata Pelajaran : Bahasa Melayu
Tahun : 3 Beta
Bil. Murid : 30 Orang
Tajuk : Mencegah
Penyakit
Tarikh : 21
Januari 2010
Masa : 12.00-12.30 tengahari (30 minit)
Objektif : Pada akhir pembelajaran murid dapat :
1) Murid dapat menceritakan cara bagaimana
penyakit berjangkit
2) Membaca petikan teks dengan sebutan dan
intonasi yang betul
3) Mengetahui kepentingan mencegah penyakit
berjangkit
4) Menyenaraikan dan membina ayat berdasarkan
perkataan yang diberi
Fokus utama
- Membaca secara imbasan untuk mendapatkan maklumat yang khusus.
-
Mengenal
pasti bagaimana mencegah penyakit berjangkit
Kemahiran bahasa
: Mendengar,bertutur, membaca dan menulis
Nilai : Kebersihan dan keberanian
ISI PELAJARAN
|
AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
|
CATATAN
|
Gambaran mengenai cara penyakit berjangkit
|
Set Induksi (5 minit)
1. Guru menunjukkan gambar-gambar dan memperdengarkan bunyi berkaitan
cara penyakit berjangkit.
2. Murid menceritakan cara bagaimana
penyakit berjangkit melalui gambar yang ditunjukkan oleh guru.
3. Menyatakan pendapat kepentingan mencegah
penyakit berjangkit
|
KB
Menghubungkait dan mengenalpasti.
BBM
Gambar
|
Membaca petikan
teks mengenai cara mencegah penyakit
a) Apakah yang perlu dilakukan sebelum
makan?
b) Mengapakah serangga seperti nyamuk,lalat
dan lipas berbahaya?
c) Bagaimanakah kita mencegah penyakit?
|
Langkah 1 (8 minit)
1) Guru meminta murid membaca teks dengan
sebutan dan intonasi yang betul
2) Secara rawak, seorang murid dipilih
untuk membaca petikan teks secara berperenggan
3) Guru memberikan soalan berdasarkan teks
|
KB
Menghubungkait
BCB : Fahami
petikan dan menjawab soalan
Nilai :
Kerjasama dan unsur menghomati
|
Menyenarai kata
adjektif dan membina ayat
|
Langkah 2 (10 minit)
|
BBM : Petikan Teks `Cara Mencegah Penyakit`
|
Penutup:
a) Membuat
kesimpulan
|
Penutup (5 minit)
|
Langkah Pengajaran
Tarikh : 11 Mac 2010
Masa : 11.00 pagi – 11.30
pagi
Tahun : 2 Cempaka
Bilangan murid : 20 orang
Mata pelajaran : Bahasa
Malaysia
Tema : Haiwan Peliharaan
Tajuk : Pertuturan , tatabahasa
Hasil pembelajaran
Pada akhir pelajaran murid- murid dapat :
i.
Murid dapat menyebut kuat
perkataan dengan membatangkan suku kata dan ayat dengan sebutan dan intonasi
yang betul dan memahami perkara yang dibaca.
ii.
Murid dapat membina ayat berdasarkan perkataan yang diberikan.
iii.
Murid dapat membuat latihan
bercakap melalui aktiviti membina karangan lisan.
Fokus utama :
Membaca kuat perkataan dan ayat denga sebutan
dan intonasi yang betul dan memahami perkara yang dibaca.
Aras 1 : mendengar dan menyebut semula
perkataan yang diajar oleh guru.
Fokus sampingan :
Membuat karangan lisan
Aras 2 : menceritakan tentang haiwan
peliharaan.
Langkah / Masa |
Isi Pelajaran |
Aktiviti Pengajaran Dan Pembelajaran |
Set induksi
( 5 minit )
|
a.
Apakah nama haiwan ini?
·
Kucing
·
Lembu
·
Monyet
b.
Di manakan haiwan ini dapat dilihat?
·
Zoo
·
Kawasan kampung
·
Kedai haiwan
·
Rumah
|
2.
Murid diminta untuk mengajuk dan
mengenalpasti jenis haiwan tersebut
|
Langkah 1
( 10 minit )
|
a.
Mendengar dan mengajuk
b.
Mengeja secara membatangkan suku kata
·
Kucing
·
Lembu
·
Burung
·
Ayam
·
Ikan
c.
Memandankan haiwan dengan gambar.
|
1.
Murid mendengar guru mengeja secara
membatangkan suku kata 5 perkataan.
2.
Murid menyebut semula secara mengajuk apa
telah diajar oleh guru.
3.
Guru menunjukkan gambar setiap perkataan
yang dieja kepada murid dan meminta murid untuk memadankannya.
|
Langkah 2
( 5 minit )
|
1.
Haiwan
·
Kucing
·
Lembu
·
Burung
·
Ayam
·
Ikan
|
1.
Murid membina 3 ayat berdasarkan perkataan
yang telah dipelajari.
2.
Murid membaca ayat yang dibina dengan kuat
serta intonasi yang betul dan guru membantu jika murid membuat kesilapan.
|
Langkah 3
( 8 minit )
|
a.
Apakah haiwan kesayangan kamu?
b.
Jika diberi peluang,haiwan apakah yang kamu
ingin pelihara?
|
1.
Guru meminta beberapa orang murid untuk
membina karangan lisan dan
membaca dengan
sebutan dan intonasi yang betul.
|
Penutup
( 2 minit )
|
1.
Guru menerapkan nilai- nilai moral dengan
menyatakan mengapa perlu menyayangi haiwan.
2.
Murid diminta meyebut semula jenis haiwan
yang telah dipelajari.
|
Langkah Pengajaran
Mata pelajaran :
Bahasa Melayu
Tahun : 5 Bestari
Bil. Murid : 14 orang
Tema : Tatabahasa
Tajuk : Kata Nafi (
tidak dan bukan )
Tarikh : 21 Januari
2010
Masa : 12.00 – 12.30
tengahari ( 30 minit )
Objektif : Pada akhir
pelajaran murid dapat :
1. Menyebutkan
kata nafi dalam ayat yang dinyatakan
dengan betul.
2. Menyatakan
jenis – jenis dan kedudukan kata nafi dalam petikan ‘Jumpa Guru Besar’.
3. Membina
ayat berdasarkan kata nafi.
Fokus
utama : Kemahiran Lisan
Fokus
sampingan : Kemahiran membaca dan menulis.
Kemahiran
bahasa : Mendengar dan bertutur, membaca dan menulis.
Sistem
bahasa : Tatabahasa
Ilmu
: Bahasa Melayu
Nilai
: Keberanian, jujur.
Kemahiran
bernilai tambah( KBT) :
-
Kemahiran berfikir : menghubungkaitkan,
mencirikan, menilai dan penjanaan idea.
-
Kecerdasan pelbagai :
interpersonal, intrapersonal, verbal- linguistik.
-
Pengetahuan sedia ada :
murid telah menggunakan kata nafi dalam percakapan mereka seharian.
-
Bahan bantu mengajar :
komputer, gambar rajah, petikan, kad – kad soalan.
Langkah
|
Isi Pelajaran
|
Aktiviti
Pengajaran Dan Pembelajaran
|
Catatan
|
Set induksi
(5 minit)
|
Kata Nafi
- Tidak dan bukan
- Hari ini tidak
hujan
- Zam tidak datang
awal hari ini.
|
Penggunaan kata nafi secara tidak
langsung.
Guru mengemukakan soalan-soalan dan
meminta murid menjawab.
Jawapan murid-murid harus mengandungi
kata nafi. Semua ini dilakukan secara tidak langsung.
|
KB:
Mencirikan gambar
rajah.
BBB:
Gambar rajah
BCB:
Memerhati
Ilmu:
Bahasa Melayu
|
Langkah 1 |
Petikan
-
Murid dapat menentukan
kata nafi dalam petikan.
|
Contoh-contoh penggunaan kata nafi
dalam petikan.
-
Guru memaparkan petikan.
-
Murid diminta membaca
kuat.
-
Guru meminta murid mencari
ayat-ayat yang mengandungi kata nafi.
|
KB:
Bacaan, Lisan
BCB:
Membaca dan
menyatakan.
BBB:
Petikan
KP:
Verbal-linguistik,
interpersonal.
Nilai:
Bertanggungjawab,
bercakap benar.
Ilmu:
Bahasa melayu
|
Langkah 2
(10 minit)
|
Ayat-ayat kata nafi
-
Kata nafi ‘tidak’
-
Kata nafi ‘bukan’
|
Contoh-contoh penggunaan kata nafi
dalam ayat.
-
Guru memberi kad soalan
kepada murid.
-
Murid diminta membina ayat
berdasarkan kata nafi.
|
KB:
Bacaan, lisan
BBB:
Kad-kad soalan
Nilai:
Keberanian.
Ilmu:
Bahasa melayu
|
Penutup
(5 minit)
|
-
Kata nafi ‘tidak’ dan
‘bukan’.
-
Kata nafi digunakan untuk
menafikan sesuatu perkara.
|
-
Guru menyoal murid tentang
perkara yang telah dipelajari.
-
Guru menyimpulkan
pelajaran.
-
Guru memberi pujian dan
dorongan kepada murid membaiki pembacaan.
|
Langkah Pengajaran
Tarikh : 15 April 2010
Masa : 30 minit
Tahun : 6 Arif
Bilangan Murid : 17 orang
Mata Pelajaran : Bahasa Melayu
Tema : Nilai-nilai Murni
Tajuk : Kerjasama Dalam Kumpulan
Hasil Pembelajaran
Pada akhir pembelajaran
pelajar-pelajar dapat :
i. Menyatakan dua atau lebih
pendapat dalam sesuatu aktiviti yang dijalankan.
ii. Bertutur dengan petah
semasa melaksanakan aktiviti main peranan.
iii. Menyebut dua contoh
peribahasa yang berkaitan dengan aktiviti yang dilaksanakan.
Fokus utama
4.1 Mengemukakan idea, pandangan dan pendapat tentang sesuatu perkara
secara terperinci, tepat dan tersusun
Aras 2 (i) Menyumbang idea yang bernas dalam sesuatu diskusi dengan
terperinci.
Fokus sampingan
6.6 Membaca dan membuat ramalan
berdasarkan sesuatu cerita atau maklumat yang diberikan.
Aras 1 (ii) Membuat andaian berdasarkan
fakta atau maklumat yang diperoleh.
Kemahiran bahasa: Membaca ,
bertutur, dan mendengar.
Sistem bahasa : Tatabahasa : Peribahasa
Pengisian kurikulum : Ilmu :
Pendidikan Moral
:
Nilai : bekerjasama, bertolak ansur, keberanian
:
Kemahiran berfikir : Menjana idea dan membuat keputusan
Kecerdasan pelbagai : Verbal linguistik, interpersonal
Bahan bantu mengajar : Kertas kosong, sedutan video
Alat bantu mengajar : Lcd,projector, komputer.
Pengetahuan sedia ada : Murid – murid pernah bekerjasama dalam satu
kumpulan untuk menyiapkan tugasan.
Langkah / masa
|
Isi pelajaran
|
Aktiviti pengajaran &
pembelajaran
|
Catatan
|
|
Set induksi
( 5 minit )
|
Guru menayangkan sedutan
video daripada sebuah filem.
contoh soalan
a.Apakah yang dapat kamu
lihat daripada cerita tersebut?
J: kapal karam, orang
sibuk selamatkan diri masing-masing
b. Apakah yang dilakukan
oleh kapten kapal tersebut?
J: beri arahan kepada
anak-anak kapalnya,bijak mengatasi situasi panik.
c. Pernahkah kamu semua
mengalami situsi yang sama?
J: Ada sesetengah kalangan murid-murid yang mengangkat tangan/tiada
murid yang pernah mengalami situasi tersebut.
|
1.
Guru bertanya kepada murid apa yang difahami tentang video
yang ditayangkan.
2.
Guru mengaitkan dengan tajuk pelajaran.
|
BBM
Tayangan video
KBKK
Meramal
Nilai
Rasional
|
|
Langkah 1
(10 minit)
|
Bacaan:
Teks arahan- situasi menghadapi saat-saat yang mencemaskan.
Contoh :
Sebagai seorang ketua
kumpulan, anda dikehendaki memainkan peranan sebagai kapten sebuah kapal yang
akan karam. Untuk menyelamatkan keadaan, anda diminta untuk menaiki perahu
dan memilih hanya empat orang termasuk diri anda, untuk menaiki perahu dan
menyelamatkan diri ke sebuah pulau yang akan anda bangunkan dan terokai.
Tentukan tiga orang lagi daripada yang berikut:
Seorang doktor, seorang
arkitek, seorang artis popular, seorang petani, seorang askar, dan seorang
hartawan termahsyur.
|
1.
Guru membahagikan murid-murid kepada beberapa kumpulan.
Setiap kumpulan haruslah mempunyai seorang ketua.
2.
Guru menayangkan satu situasi dalam bentuk teks di dalam
perisian Power Point.
3.
Guru meminta murid-murid main peranan di dalam kumpulan.
4.
murid-murid mengadakan perbincangan dalam kumpulan dalam
tempoh satu minit.
5.
Setiap ahli kumpulan diminta untuk melakonkan peranan yang
dipilih. berdasarkan situasi yang diberikan di dalam teks arahan.
6.
Ketua kumpulan selaku kapten kapal dikehendaki untuk
membuat keputusan siapakah yang harus diselamatkan terlebih dahulu.
7.
Ketua kumpulan diminta memberikan sebab mengapa memilih
tiga individu tersebut.
|
KBKK
-Menjana idea
-membuat keputusan
Nilai
-kejujuran
-rasional
|
|
Langkah 2
(8 minit)
|
Contoh arahan :
Dengan menggunakan sehelai kertas ini, kumpulan anda
dikehendaki untuk mencipta sebiji pelampung serbaguna yang boleh memuatkan
kesemua ahli kumpulan anda tanpa menceraikan lilitan pelampung tersebut.
Tiada sebarang alatan dan bahan yang boleh digunakan seperti gunting dang am
pelekat. Anda dikehendaki menggunakan kreativiti masing-masing untuk
membesarkan saiz kertas tersebut tanpa terputus.
|
1.
Guru memberikan andaian bahawa terdapat alternatif lain
untuk menyelamatkan kesemua ahli kumpulan daripada tenggelam.
2.
Guru memberikan sehelai kertas bersaiz separuh daripada
saiz kertas A4 kepada setiap kumpulan.
3.
Guru menayangkan arahan kepada murid-murid untuk
menggunakan sekeping kertas tersebut menjadi sebiji pelampung serbaguna yang
sangat besar dan muat untuk kesemua ahli kumpulan menggunakan perisian Microsoft Power Point.
4.
Setiap kumpulan melaksanakan arahan yang diberikan dengan
bersungguh-sungguh.
5.
Guru menawarkan ganjaran kepada mana-mana kumpulan yang
selesai melaksanakan arahannya dengan cepat.
|
BBM
Teks arahan
KBKK
-Menjana idea
-menyelesaikan masalah
-membuat keputusan.
Nilai
-kerjasama
-bertolak ansur
|
|
langkah 3
(4 minit)
|
Contoh
soalan :
a)Apakah
peribahasa yang sesuai bagi aktiviti yang kamu lakukan sebentar tadi?
J: berat sama dipikul, ringan sama dijinjing, bersatu kita
teguh, bercerai kita roboh, hendak seribu daya, mahu seribu
|
1.
Guru bertanya kepada murid-murid apakah peribahasa yang
sesuai digunakan semasa melakukan aktiviti menghasilkan pelampung serbaguna
tersebut.
2.
Guru memilih dua orang murid untuk menyebut satu contoh
peribahasa yang betul.
|
KBKK
-menjana idea
Nilai
-keberanian
|
|
Penutup
(3 minit)
|
Rumusan isi pelajaran dan pujian
|
1.
Guru membimbing murid merumus kemahiran yang dipelajari
hari ini.
2.
Guru memberi pujian dan
motivasi atas penglibatan murid dalam aktiviti yang dijalankan.
3.
Guru menyarankan kepada murid agar menerapkan nilai-nilai
murni yang telah dipelajari ke dalam kehidupan harian.
|
KBKK
-membuat
kesimpulan
Nilai
-kerjasama
-bertolak
ansur
-keberanian
-rasional
|
|
No comments:
Post a Comment