BIDANG SASTERA
PUISI TRADISIONAL :
Pantun Budi
Terang
bulan terang di paya,
Anak
kambing memakan rumput;
Jika
tak kenang kepada saya,
Nama
yang baik tidak tersebut.
Anak
merak mati tersangkut,
Mati
dipanah Seri Rama;
Resam
di dunia juga disebut,
Orang
yang mati meninggalkan nama.
Anak
itik terenang-renang,
Air
pasang tenang-tenangan;
Budi
sedikit bila kan hilang,
Itu
menjadi kenang-kenangan.
Anak
ikan berlima-lima,
Mati
ditimpa punggur berdaun;
Kasih
tuan saya terima,
Sebagai
hutang seribu tahun.
PANTUN MELAYU
Sirih berlipat sirih pinang
Sirih dari Pulau Mutiara
Pemanis kata selamat datang
Awal Bismillah pembuka bicara
**********
Tetak buluh panjang suluh
Mari jolok sarang penyengat
Angkat doa jari sepuluh
Doa minta biar selamat
**********
Tuailah padi antara masak
Esok jangan layu-layuan
Intailah kami antara nampak
Esok jangan rindu-rinduan
**********
Hendak dulang diberi dulang
Dulang berisi sagu mentah
Hendak pulang ku beri pulang
Tinggalkan pantun barang sepatah
**********
Lancang kuning lancang pusaka
Nampak dari Tanjung Puan
Kalau kering laut Melaka
Barulah saya lupakan tuan
**********
Asam kandis mari dihiris
Manis sekali rasa isinya
Dilihat manis dipandang manis
Lebih manis hati budinya
**********
Ayam hutan terbang ke hutan
Tali tersangkut pagar berduri
Adik bukan saudara bukan
Hati tersangkut kerana budi
**********
Ayam rintik di pinggir hutan
Nampak dari tepi telaga
Nama yang baik jadi ingatan
Seribu tahun terkenang juga
**********
Bila memandang ke muka laut
Nampak sampan mudik ke hulu
Bila terkenang mulut menyebut
Budi yang baik ingat selalu
**********
Burung Serindit terbang melayang
Mari hinggap di ranting mati
Bukan ringgit dipandang orang
Budi bahasa rangkaian hati
**********
Bukan lebah sebarang lebah
Lebah bersarang di pohon kayu
Bukan sembah sebarang sembah
Sembah adat pusaka Melayu
**********
Bukan lebah sebarang lebah
Lebah bersarang di rumpun buluh
Bukan sembah sebarang sembah
Sembah menyusun jari sepuluh
**********
Laksamana berempat di atas pentas
Cukup berlima dengan gurunya
Bagaikan dakwat dengan kertas
Sudah berjumpa dengan jodohnya
**********
Membeli papan di tengah pekan
Papan kecil dibuat tangkal
Mengapa umpan ikan tak makan
Adakah kail panjang sejengkal
**********
Rumah limas anjung Selatan
Bunga kemuning tumbuh di laman
Tangkainya emas bunganya intan
Bolehkah ranting hamba patahkan
**********
Tumbuh betik di tepi laman
Pokok berangan pokok teruntum
Sungguh cantik bunga di taman
Bolehkah gerangan petik sekuntum
**********
Asam kandis asam gelugur
Ketiga asam si riang-riang
Menangis mayat di pintu kubur
Teringat badan tidak sembahyang
**********
Baik-baik menanam selasih
Jangan menimpa sipohon sena
Baik-baik memilih kekasih
Jangan sampai badan merana
**********
Baik-baik mengail tenggiri
Takut terkena siikan parang
Baik-baik merendah diri
Jangan menjadi hamba orang
**********
Bintang tujuh sinar berseri
Bulan purnama datang menerpa
Ajaran guru hendak dicari
Mana yang dapat janganlah lupa
**********
Buah mangga melendur tinggi
Buah kuini berangkai tiga
Hidup kita tidur dan mati
Sudah mati baru terjaga
**********
Buat bangsal di Pulau Daik
Menahan taut sambil mengilau
Kalau asal benih yang baik
Jatuh ke laut menjadi pulau
**********
Budak-budak bermain tombak
Tombak diikat dengan rantai
Kalau takut dilambung ombak
Jangan berumah di tepi pantai
**********
Halia ini tanam-tanaman
Ke barat juga akan condongnya
Dunia ini pinjam-pinjaman
Akhirat juga akan sungguhnya
**********
Hari panas mencucuk benang
Benang menjahit baju kebaya
Air jernih lubuknya tenang
Jangan disangka tiada buaya
**********
Kalau tahu peria tu pahit
Tidak ku gulai dengan petola
Kalau tahu bercinta tu sakit
Tidak ku mulai dari semula
**********
Kalau tuan pergi ke Kelang
Belikan saya semangkuk rojak
Jangan diturut resmi kiambang
Sungguhpun hijau akar tak jejak
**********
Pisang kelat digonggong helang
Jatuh ke lubuk di Indragiri
Jika berdagang di rantau orang
Baik-baik menjaga diri
**********
Asap api embun berderai
Patah galah haluan perahu
Niat hati tak mahu bercerai
Kehendak Allah siapa yang tahu
**********
Air dalam bertambah dalam
Hujan di hulu belumlah teduh
Hati dendam bertambah dendam
Dendam dahulu belumlah sembuh
**********
Anak punai anak merbah
Hinggap ditonggak mencari sarang
Anak sungai lagikan berubah
Inikan pula hati orang
**********
Apa guna pasang pelita
Jika tidak dengan sumbunya
Apa guna bermain kata
Kalau tidak dengan sungguhnya
**********
Buah kuini jatuh tercampak
Jatuh menimpa bunga selasih
Biar bertahun dilambung ombak
Tidak ku lupa pada yang kasih
**********
Kajang tuan kajang berlipat
Kajang hamba mengkuang layu
Dagang tuan dagang bertempat
Dagang hamba terbuang lalu
**********
Buah jambu disangka kandis
Kandis ada di dalam cawan
Gula madu disangka manis
manis lagi senyuman tuan
**********
Dari Arab turun ke Aceh
Naik ke Jawa berkebun serai
Apa diharap pada yang kasih
Badan dan nyawa lagi bercerai
**********
Bunga Melati terapung-apung
Bunga rampai di dalam puan
Rindu hati tidak tertanggung
Bilakah dapat berjumpa tuan
**********
Burung Merak terbang ke laut
Sampai ke laut mengangkut sarang
Sedangkan bah kapal tak hanyut
Inikan pula kemarau panjang
**********
Bunga Melur kembang sekaki
Mari dibungkus dengan kertas
Di dalam telur lagi dinanti
Inikan pula sudah menetas
**********
Dalam perlak ada kebun
Dalam kebun ada tanaman
Dalam gelak ada pantun
Dalam pantun ada mainan
**********
Dari Jawa ke Bengkahulu
Membeli keris di Inderagiri
Kawan ketawa ramai selalu
Kawan menangis seorang diri
**********
Dari teluk pergi pangkalan
Bermain di bawah pohon kepayang
Saya umpama habuk di papan
Ditiup angin terbang melayang
**********
Daun selalsih di Teluk Dalam
Batang kapas Lubuk Tempurung
Saya umpama si burung balam
Mata terlepas badan terkurung
**********
Orang Melayu naik perahu
Sedang berdayung hujan gerimis
Hancur hatiku abang tak tahu
Mulut tertawa hati menangis
**********
Orang tani mengambil nipah
Hendak dibawa ke Indragiri
Seluruh alam ku cari sudah
Belum bersua pilihan hati
**********
Pasir putih di pinggir kali
Pekan menyabung ayam berlaga
Kasih tak boleh dijual beli
Bukannya benda buat berniaga
**********
Ribu-ribu pokok mengkudu
Cincin permata jatuh ke ruang
Kalau rindu sebut namaku
Airmata mu jangan dibuang
**********
Kalau roboh kota Melaka
Sayang selasih di dalam puan
Kalau sungguh bagai dikata
Rasa nak mati di pangkuan tuan
**********
Limau purut lebat di pangkal
Batang mengkudu condong uratnya
Hujan ribut dapat ditangkal
Hati yang rindu apa ubatnya
**********
Kalau menyanyi perlahan-lahan
Dibawa angin terdengar jauh
Rindu di hati tidak tertahan
Di dalam air badan berpeluh
**********
Ku sangka nanas atas permatang
Rupanya durian tajam berduri
Ku sangka panas hingga ke petang
Rupanya hujan di tengahari
**********
Kayuh perahu sampai seberang
Singgah bermalam di kampung hulu
Bukan tak tahu dunia sekarang
Gaharu dibakar kemenyan berbau
**********
lembing atas tangga
perisai atas busut
kening atas mata
misai atas mulut
**********
anak ikan dipanggang sahaja
hendak dipindang tidak berkunyit
anak orang dipandang sahaja
hendak dipinang tiada berduit
**********
saya tak hendak berlesung pauh
lesung pauh membuang padi
saya tak hendak bersahabat jauh
sahabat jauh merisau hati
**********
burung serindit terbang melayang
singgah dihinggap di ranting mati
duit ringgit dipandang orang
jarang dipandang bahasa budi
**********
batu sangkar batu berpahat
terpahat nama raja bestari
makanan arif, kias ibarat
pantun seloka, ulam jauhari
**********
daun durian jatuh tercampak
lopak-lopak isi selasih
tujuh tahun dilambung ombak
tiada kulupa hati yang kasih
**********
Anak Cik Siti mencari tuba
Tuba dicari di Tanjung Jati
Di dalam hati tidakkan lupa
Bagai rambut tersimpul mati
**********
Limau purut di luar pagar
Rimbun putik dengan bunganya
Hujan ribut padang terbakar
Embun setitik padam apinya
**********
Puas saya bertanam ubi
Nanas jugak dipandang orang
Puas saya menabur budi
Emas juga dipandang orang
**********
Tenang-tenang air di laut
Sampan kolek mudik ke tanjung
Hati terkenang mulut menyebut
rindu kini tiada penghujung
***********
Tinggi-tinggi pohon jati
Tempat bermain simanja sayang
Sungguh tinggi harga budi
Budi dibalas kasih dan sayang
**********
Bunga Tanjung kembang semalam
Pohon tinggi tidak berduri
Gelombang besar di laut dalam
Kerana Tuan saya kemari
**********
Burung merpati terbang seribu
Hinggap seekor di tengah laman
Hendak mati di hujung kuku
Hendak berkubur di tapak tangan
**********
Dari mana hendak ke mana
Tinggi rumput dari padi
Hari mana bulan mana
Dapat kita berjumpa lagi
**********
Padi ini semumba-mumba
Daun kurma daun cempedak
Macam mana hati tak hiba
Entah bertemu entah tidak
**********
Permata jatuh ke rumput
Jatuh ke rumput berbilang-bilang
Dari mata tidakkan luput
Dalam hati tidakkan hilang
**********
Akar keladi melilit selasih
Selasih tumbuh di hujung taman
Kalungan budi jujungan kasih
Mesra kenangan sepanjang zaman
**********
Ayam rintik di pinggir hutan
Nampak dari tepi telaga
Nama yang baik jadi ingatan
Seribu tahun terkenang juga
**********
Anak beruk di tepi pantai
Pandai melompat pandai berlari
Biar buruk kain dipakai
Asal hidup pandai berbudi
**********
Kiri jalan kanan pun jalan
Tengah-tengah pohon mengkudu
Kirim jangan pesan pun jangan
Sama-sama menanggung rindu
**********
Mendung si mega mendung
Mendung datang dari utara
Jangan selalu duduk termenung
Kalau termenung badan merana
**********
Pohon mengkudu tumbuhnya rapat
Rapat lagi pohon jati
Kawan beribu mudah didapat
Sahabat setia payah dicari
**********
Pokok terap tumbuh di bukit
Belat berbanjar panjang ke hulu
Jangan diharap guruh di langit
Kilat memancar hujan tak lalu
**********
Sampan kotak hilir mudik
Dayung patah galah sebatang
Ikhtiar tidak datang menggolek
Akal tidak datang melayang
**********
Siti Wan Kembang perintah Kelantan
Nama termasyhur zaman dahulu
Baik-baik memilih intan
Takut terkena kaca dan batu
**********
Buah langsat kuning mencelah
Senduduk tidak berbunga lagi
Sudah dapat gading bertuah
Tanduk tidak berguna lagi
**********
Dua paya satu perigi
Seekor bujuk anak haruan
Tuan di sana saya di sini
Bagai pungguk rindukan bulan
**********
Gesek rebab petik kecapi
Burung tempua membuat sarang
Apa sebab jadi begini
Karam berdua basah seorang ?
**********
Hendak gugur gugurlah nangka
Jangan menimpa putik pauh
Hendak tidur tidurlah mata
Jangan mengenang si dia yang jauh
**********
Kain batik negeri seberang
Dipakai anak Tanah Melayu
Apa ertinya kasih dan sayang
Kalaulah abang berjanji palsu
**********
Pantai Cendering pasirnya putih
Anak dagang berulang mandi
Apa disesal orang tak kasih
Sudah suratan diri sendiri
**********
Disana pauh di sini pun pauh
Daun mengkudu ditandungkan
Adinda jauh kekanda jauh
Kalau rindu sama tanggungkan
**********
Pulau Tinggi terendak Cina
Nampak dari Pulau Sibu
Abang pergi janganlah lama
Tidak kuasa menanggung rindu
**********
Putik pauh delima batu
Anak sembilang di tapak tangan
Tuan jauh di negri satu
Hilang di mata di hati jangan
**********
Sirih dari Pulau Mutiara
Pemanis kata selamat datang
Awal Bismillah pembuka bicara
**********
Tetak buluh panjang suluh
Mari jolok sarang penyengat
Angkat doa jari sepuluh
Doa minta biar selamat
**********
Tuailah padi antara masak
Esok jangan layu-layuan
Intailah kami antara nampak
Esok jangan rindu-rinduan
**********
Hendak dulang diberi dulang
Dulang berisi sagu mentah
Hendak pulang ku beri pulang
Tinggalkan pantun barang sepatah
**********
Lancang kuning lancang pusaka
Nampak dari Tanjung Puan
Kalau kering laut Melaka
Barulah saya lupakan tuan
**********
Asam kandis mari dihiris
Manis sekali rasa isinya
Dilihat manis dipandang manis
Lebih manis hati budinya
**********
Ayam hutan terbang ke hutan
Tali tersangkut pagar berduri
Adik bukan saudara bukan
Hati tersangkut kerana budi
**********
Ayam rintik di pinggir hutan
Nampak dari tepi telaga
Nama yang baik jadi ingatan
Seribu tahun terkenang juga
**********
Bila memandang ke muka laut
Nampak sampan mudik ke hulu
Bila terkenang mulut menyebut
Budi yang baik ingat selalu
**********
Burung Serindit terbang melayang
Mari hinggap di ranting mati
Bukan ringgit dipandang orang
Budi bahasa rangkaian hati
**********
Bukan lebah sebarang lebah
Lebah bersarang di pohon kayu
Bukan sembah sebarang sembah
Sembah adat pusaka Melayu
**********
Bukan lebah sebarang lebah
Lebah bersarang di rumpun buluh
Bukan sembah sebarang sembah
Sembah menyusun jari sepuluh
**********
Laksamana berempat di atas pentas
Cukup berlima dengan gurunya
Bagaikan dakwat dengan kertas
Sudah berjumpa dengan jodohnya
**********
Membeli papan di tengah pekan
Papan kecil dibuat tangkal
Mengapa umpan ikan tak makan
Adakah kail panjang sejengkal
**********
Rumah limas anjung Selatan
Bunga kemuning tumbuh di laman
Tangkainya emas bunganya intan
Bolehkah ranting hamba patahkan
**********
Tumbuh betik di tepi laman
Pokok berangan pokok teruntum
Sungguh cantik bunga di taman
Bolehkah gerangan petik sekuntum
**********
Asam kandis asam gelugur
Ketiga asam si riang-riang
Menangis mayat di pintu kubur
Teringat badan tidak sembahyang
**********
Baik-baik menanam selasih
Jangan menimpa sipohon sena
Baik-baik memilih kekasih
Jangan sampai badan merana
**********
Baik-baik mengail tenggiri
Takut terkena siikan parang
Baik-baik merendah diri
Jangan menjadi hamba orang
**********
Bintang tujuh sinar berseri
Bulan purnama datang menerpa
Ajaran guru hendak dicari
Mana yang dapat janganlah lupa
**********
Buah mangga melendur tinggi
Buah kuini berangkai tiga
Hidup kita tidur dan mati
Sudah mati baru terjaga
**********
Buat bangsal di Pulau Daik
Menahan taut sambil mengilau
Kalau asal benih yang baik
Jatuh ke laut menjadi pulau
**********
Budak-budak bermain tombak
Tombak diikat dengan rantai
Kalau takut dilambung ombak
Jangan berumah di tepi pantai
**********
Halia ini tanam-tanaman
Ke barat juga akan condongnya
Dunia ini pinjam-pinjaman
Akhirat juga akan sungguhnya
**********
Hari panas mencucuk benang
Benang menjahit baju kebaya
Air jernih lubuknya tenang
Jangan disangka tiada buaya
**********
Kalau tahu peria tu pahit
Tidak ku gulai dengan petola
Kalau tahu bercinta tu sakit
Tidak ku mulai dari semula
**********
Kalau tuan pergi ke Kelang
Belikan saya semangkuk rojak
Jangan diturut resmi kiambang
Sungguhpun hijau akar tak jejak
**********
Pisang kelat digonggong helang
Jatuh ke lubuk di Indragiri
Jika berdagang di rantau orang
Baik-baik menjaga diri
**********
Asap api embun berderai
Patah galah haluan perahu
Niat hati tak mahu bercerai
Kehendak Allah siapa yang tahu
**********
Air dalam bertambah dalam
Hujan di hulu belumlah teduh
Hati dendam bertambah dendam
Dendam dahulu belumlah sembuh
**********
Anak punai anak merbah
Hinggap ditonggak mencari sarang
Anak sungai lagikan berubah
Inikan pula hati orang
**********
Apa guna pasang pelita
Jika tidak dengan sumbunya
Apa guna bermain kata
Kalau tidak dengan sungguhnya
**********
Buah kuini jatuh tercampak
Jatuh menimpa bunga selasih
Biar bertahun dilambung ombak
Tidak ku lupa pada yang kasih
**********
Kajang tuan kajang berlipat
Kajang hamba mengkuang layu
Dagang tuan dagang bertempat
Dagang hamba terbuang lalu
**********
Buah jambu disangka kandis
Kandis ada di dalam cawan
Gula madu disangka manis
manis lagi senyuman tuan
**********
Dari Arab turun ke Aceh
Naik ke Jawa berkebun serai
Apa diharap pada yang kasih
Badan dan nyawa lagi bercerai
**********
Bunga Melati terapung-apung
Bunga rampai di dalam puan
Rindu hati tidak tertanggung
Bilakah dapat berjumpa tuan
**********
Burung Merak terbang ke laut
Sampai ke laut mengangkut sarang
Sedangkan bah kapal tak hanyut
Inikan pula kemarau panjang
**********
Bunga Melur kembang sekaki
Mari dibungkus dengan kertas
Di dalam telur lagi dinanti
Inikan pula sudah menetas
**********
Dalam perlak ada kebun
Dalam kebun ada tanaman
Dalam gelak ada pantun
Dalam pantun ada mainan
**********
Dari Jawa ke Bengkahulu
Membeli keris di Inderagiri
Kawan ketawa ramai selalu
Kawan menangis seorang diri
**********
Dari teluk pergi pangkalan
Bermain di bawah pohon kepayang
Saya umpama habuk di papan
Ditiup angin terbang melayang
**********
Daun selalsih di Teluk Dalam
Batang kapas Lubuk Tempurung
Saya umpama si burung balam
Mata terlepas badan terkurung
**********
Orang Melayu naik perahu
Sedang berdayung hujan gerimis
Hancur hatiku abang tak tahu
Mulut tertawa hati menangis
**********
Orang tani mengambil nipah
Hendak dibawa ke Indragiri
Seluruh alam ku cari sudah
Belum bersua pilihan hati
**********
Pasir putih di pinggir kali
Pekan menyabung ayam berlaga
Kasih tak boleh dijual beli
Bukannya benda buat berniaga
**********
Ribu-ribu pokok mengkudu
Cincin permata jatuh ke ruang
Kalau rindu sebut namaku
Airmata mu jangan dibuang
**********
Kalau roboh kota Melaka
Sayang selasih di dalam puan
Kalau sungguh bagai dikata
Rasa nak mati di pangkuan tuan
**********
Limau purut lebat di pangkal
Batang mengkudu condong uratnya
Hujan ribut dapat ditangkal
Hati yang rindu apa ubatnya
**********
Kalau menyanyi perlahan-lahan
Dibawa angin terdengar jauh
Rindu di hati tidak tertahan
Di dalam air badan berpeluh
**********
Ku sangka nanas atas permatang
Rupanya durian tajam berduri
Ku sangka panas hingga ke petang
Rupanya hujan di tengahari
**********
Kayuh perahu sampai seberang
Singgah bermalam di kampung hulu
Bukan tak tahu dunia sekarang
Gaharu dibakar kemenyan berbau
**********
lembing atas tangga
perisai atas busut
kening atas mata
misai atas mulut
**********
anak ikan dipanggang sahaja
hendak dipindang tidak berkunyit
anak orang dipandang sahaja
hendak dipinang tiada berduit
**********
saya tak hendak berlesung pauh
lesung pauh membuang padi
saya tak hendak bersahabat jauh
sahabat jauh merisau hati
**********
burung serindit terbang melayang
singgah dihinggap di ranting mati
duit ringgit dipandang orang
jarang dipandang bahasa budi
**********
batu sangkar batu berpahat
terpahat nama raja bestari
makanan arif, kias ibarat
pantun seloka, ulam jauhari
**********
daun durian jatuh tercampak
lopak-lopak isi selasih
tujuh tahun dilambung ombak
tiada kulupa hati yang kasih
**********
Anak Cik Siti mencari tuba
Tuba dicari di Tanjung Jati
Di dalam hati tidakkan lupa
Bagai rambut tersimpul mati
**********
Limau purut di luar pagar
Rimbun putik dengan bunganya
Hujan ribut padang terbakar
Embun setitik padam apinya
**********
Puas saya bertanam ubi
Nanas jugak dipandang orang
Puas saya menabur budi
Emas juga dipandang orang
**********
Tenang-tenang air di laut
Sampan kolek mudik ke tanjung
Hati terkenang mulut menyebut
rindu kini tiada penghujung
***********
Tinggi-tinggi pohon jati
Tempat bermain simanja sayang
Sungguh tinggi harga budi
Budi dibalas kasih dan sayang
**********
Bunga Tanjung kembang semalam
Pohon tinggi tidak berduri
Gelombang besar di laut dalam
Kerana Tuan saya kemari
**********
Burung merpati terbang seribu
Hinggap seekor di tengah laman
Hendak mati di hujung kuku
Hendak berkubur di tapak tangan
**********
Dari mana hendak ke mana
Tinggi rumput dari padi
Hari mana bulan mana
Dapat kita berjumpa lagi
**********
Padi ini semumba-mumba
Daun kurma daun cempedak
Macam mana hati tak hiba
Entah bertemu entah tidak
**********
Permata jatuh ke rumput
Jatuh ke rumput berbilang-bilang
Dari mata tidakkan luput
Dalam hati tidakkan hilang
**********
Akar keladi melilit selasih
Selasih tumbuh di hujung taman
Kalungan budi jujungan kasih
Mesra kenangan sepanjang zaman
**********
Ayam rintik di pinggir hutan
Nampak dari tepi telaga
Nama yang baik jadi ingatan
Seribu tahun terkenang juga
**********
Anak beruk di tepi pantai
Pandai melompat pandai berlari
Biar buruk kain dipakai
Asal hidup pandai berbudi
**********
Kiri jalan kanan pun jalan
Tengah-tengah pohon mengkudu
Kirim jangan pesan pun jangan
Sama-sama menanggung rindu
**********
Mendung si mega mendung
Mendung datang dari utara
Jangan selalu duduk termenung
Kalau termenung badan merana
**********
Pohon mengkudu tumbuhnya rapat
Rapat lagi pohon jati
Kawan beribu mudah didapat
Sahabat setia payah dicari
**********
Pokok terap tumbuh di bukit
Belat berbanjar panjang ke hulu
Jangan diharap guruh di langit
Kilat memancar hujan tak lalu
**********
Sampan kotak hilir mudik
Dayung patah galah sebatang
Ikhtiar tidak datang menggolek
Akal tidak datang melayang
**********
Siti Wan Kembang perintah Kelantan
Nama termasyhur zaman dahulu
Baik-baik memilih intan
Takut terkena kaca dan batu
**********
Buah langsat kuning mencelah
Senduduk tidak berbunga lagi
Sudah dapat gading bertuah
Tanduk tidak berguna lagi
**********
Dua paya satu perigi
Seekor bujuk anak haruan
Tuan di sana saya di sini
Bagai pungguk rindukan bulan
**********
Gesek rebab petik kecapi
Burung tempua membuat sarang
Apa sebab jadi begini
Karam berdua basah seorang ?
**********
Hendak gugur gugurlah nangka
Jangan menimpa putik pauh
Hendak tidur tidurlah mata
Jangan mengenang si dia yang jauh
**********
Kain batik negeri seberang
Dipakai anak Tanah Melayu
Apa ertinya kasih dan sayang
Kalaulah abang berjanji palsu
**********
Pantai Cendering pasirnya putih
Anak dagang berulang mandi
Apa disesal orang tak kasih
Sudah suratan diri sendiri
**********
Disana pauh di sini pun pauh
Daun mengkudu ditandungkan
Adinda jauh kekanda jauh
Kalau rindu sama tanggungkan
**********
Pulau Tinggi terendak Cina
Nampak dari Pulau Sibu
Abang pergi janganlah lama
Tidak kuasa menanggung rindu
**********
Putik pauh delima batu
Anak sembilang di tapak tangan
Tuan jauh di negri satu
Hilang di mata di hati jangan
**********
CONTOH VIDEO PANTUN
SYAIR
Dengarkan tuan
ayahanda berperi,
Kepada anakanda muda bestari,
Jika benar kepada diri,
Nasihat kebajikan ayahanda beri.
Ayuhai anakanda muda
remaja,
Jika anakanda mengerjakan raja,
Hati yang betul hendaklah disahaja,
Serta rajin pada bekerja.
Menjalankan kerja
janganlah malas,
Zahir dan batin janganlah culas,
Jernihkan hati hendaklah ikhlas,
Seperti air di dalam gelas.
Jika anakanda jadi
besar,
Tutur dan kata janganlah kasar,
Janganlah seperti orang sasar,
Banyak orang menaruh gusar.
Tutur yang manis
anakanda tuturkan,
Perangai yang lembut anakanda lakukan,
Hati yang sabar anakanda tetapkan,
Perasaan orang anakanda fikirkan.
Kesukaan orang
anakanda cari,
Supaya hatinya jangan lari,
Masyhurlah anakanda dalam negeri,
Sebab kelakuan bijak bestari.
Nasihat ayahanda
anakanda fikirkan,
Keliru syaitan anakanda jagakan,
Orang berakal anakanda hampirkan,
]Orang jahat anakanda jauhkan.
Setengah orang fikir
keliru,
Tidak mengikut pelajaran guru,
Tutur dan kata haru biru,
Kelakuan seperti anjing pemburu.
Tingkah dan laku tidak
kelulu,
Perkataan kasar keluar selalu,
Tidak memikirkan orang empunya malu,
Bencilah orang hilir dan hulu.
Itulah orang akalnya
kurang,
Menyangka dirinya pandai seorang,
Takbur tidak membilang orang,
Dengan manusia selalu berperang.
CONTOH VIDEO PANTUN
GURINDAM
Apabila banyak berkata-kata,
Di situlah jalan masuk dusta.
Apabila kita kurang siasat,
Itulah tanda pekerjaan hendak sesat.
Apabila anak tidak dilatih,
Jika besar bapanya letih.
Apabila banyak mencela orang,
Itulah tanda dirinya kurang.
Apabila orang banyak tidur,
Sia-sia sahajalah umur.
Apabila mendengar akan khabar,
Menerimanya itu hendaklah sabar.
Apabila mendengar akan aduan,
Membicarakannya itu hendaklah cemburuan.
Apabila perkataan yang lemah lembut,
Lekaslah segala orang mengikut.
Apabila perkataan yang amat kasar,
Lekaslah orang sekalian gusar.
Apabila pekerjaan yang amat benar,
Tidak boleh orang berbuat honar.
Di situlah jalan masuk dusta.
Apabila kita kurang siasat,
Itulah tanda pekerjaan hendak sesat.
Apabila anak tidak dilatih,
Jika besar bapanya letih.
Apabila banyak mencela orang,
Itulah tanda dirinya kurang.
Apabila orang banyak tidur,
Sia-sia sahajalah umur.
Apabila mendengar akan khabar,
Menerimanya itu hendaklah sabar.
Apabila mendengar akan aduan,
Membicarakannya itu hendaklah cemburuan.
Apabila perkataan yang lemah lembut,
Lekaslah segala orang mengikut.
Apabila perkataan yang amat kasar,
Lekaslah orang sekalian gusar.
Apabila pekerjaan yang amat benar,
Tidak boleh orang berbuat honar.
PUISI MODEN :
SAJAK
Ke danau buat basahan
kalau di kepala jadi lilitan
berteleku di surau menyembah Tuhan
dingin malam menyelimuti badan
kalau di kepala jadi lilitan
berteleku di surau menyembah Tuhan
dingin malam menyelimuti badan
Jangan diserah kain
buruk ayah itu
biar rabak, putus benang beribu
biar renyuk, kedut berdebu
tiada sehari hati ayah jadi sebu
biar rabak, putus benang beribu
biar renyuk, kedut berdebu
tiada sehari hati ayah jadi sebu
Kain buruk ayahku
kusam dan masam berbau
hari-hari dibasuh ibu
kasih mereka menjadi jitu
kusam dan masam berbau
hari-hari dibasuh ibu
kasih mereka menjadi jitu
Kain buruk ayah kini
tiada
sejak ayah emak pergi berdua
kurang sejengkal masih tinggal di beranda
kekal di situ menjadi tanda
sejak ayah emak pergi berdua
kurang sejengkal masih tinggal di beranda
kekal di situ menjadi tanda
Nukilan:
Muzamir
Hulu Kelang, Selangor
Muzamir
Hulu Kelang, Selangor
PROSA TRADISIONAL :
PAK KADUK
Sebermula, maka adalah sebuah negeri bernama Cempaka Seri, rajanya bernama Indera Sari. Maka baginda itu cukup lengkap seperti adap istiadat kerajaan yang lain-lain juga, akan tetapi ada pun tabiat baginda itu terlalulah suka menyombong dan berjudi, sehingga menjadi suatu amalan pada baginda itu. Dengan hal yang demikian, habislah sekalian rakyat seisi negeri itu menjadi asyik leka dengan berjudi juga pada setiap masa tiada sekali-kali mengambil bena kepada mendirikan syariat Nabi Sallallahu alaihi wasalam kerana raja-raja dan orang besar-besarnya terlalu amat suka mengerjakan pekerjaan maksiat itu.Maka adalah pula seorang tua sedang pertengahan umur namanya Pak Kadok, tinggal ditepi sungai ujung negeri itu juga. Ada pun akan Pak Kadok ini terlalu dungu serta dengan tololnya. Maka adalah kepada suatu hari Pak Kadok berkata kepada isterinya, aku ini mak Siti ingin pula rasanya hendak pergi menyambung kegelanggang baginda itu kerana terlalulah suka pula aku melihatkan orang menyambung beramai-ramai di situ.Mari kita sambung ayam biring Si Kunani kita itu, kerana ayam itu pada petuanya terlalu bertuah. Boleh kita taruhkan kampung kita kepada baginda. Kalau menang kita tentulah kita mendapat duit baginda itu.Maka ujar isteri Pak Kadok, jikalau begitu baiklah, pergilah awak menyambung, bawa ayam kita itu.Maka sahut Pak Kadok, jahitkanlah baju dan seluar aku dahulu dari kertas yang baru kubeli ini. Lekaslah menjahitnya.Maka kata isterinya, bagaimana awak hendak membuatkan baju dan seluar ini. Jikalau dipakai kelak tentulah carik bertelanjang tengah gelanggang sambungan itu. Bukankah awak malu besar?Ujar Pak Kadok, tiada mengapa. Buatkan juga lekas-lekas aku hendak pergi.Setelah itu isteri Pak Kadok pun segeralah mengambil gunting lalu mengguntingkan seluar dan baju itu dengan tiada berdaya lagi.Maka kata Pak Kadok, usahlah di jahit, pelekat sahajalah supaya cepat.Serta lepas digunting oleh isterinya itu dengan sesungguhnya dilekatlah olehnya. Apabila sudah, lalu diberikan kepada Pak Kadok, maka ia pun segeralah memakai pakaiannya sedondon iaitu berbunga tanjung, merah, kuning, hitam dan putih, terlalu hebat rupanya, tambahan pula berkena tengkolok helang menyongsong angin. Apatah lagi tampaknyaPak Kadok seperti juara yang maha faham pada sambung menyambung. Setelah sudah bersedia sekaliannya, Pak Kadok pun lalu turun menangkap ayamnya biring Si Kunani itu, serta dengan tabung tajinya, lalu berjalan menuju kegelanggang baginda itu. Selang tiada berapa lamanya, ia pun sampailah ketengah medan menyambung itu.Sehingga setelah dilihat oleh baginda akan Pak Kadok datang itu, maka dikenallah oleh baginda seraya bertitah, Hai Pak Kadok, apa khabar? Menyambungkah kita?Maka sembah Pak Kadok pun segeralah menyembahkan ayamnya itu lalu disambutkan oleh baginda serta diamat amati.Diketahuilah oleh baginda tersangat bertuah ayam Pak Kadok itu. Maka titah baginda, Hai Pak Kadok, mari kita bertukar ayam. Ambillah ayam beta ini, elok, cuba lihat romannya jalak putih mata, dan ayam Pak Kadok biring Si Kunani sahaja tiada berapa tuahnya.Setelah didengar oleh Pak Kadok akan titah baginda menggula dirinya itu, percayalah ia. Maka sembahnya Ampun Tuanku beribu-ribu ampun, jikalau sudah dengan titah duli yang maha mulia, relalah patik, seperti titah itu sedia terjunjung di atas jemala ubun-ubun patik.Pada akhirnya lalu bertukarlah keduanya akan ayam masing-masing. Maka sangatlah sukacita baginda beroleh ayam Pak Padok itu.Maka baginda pun bertitah kepada juara-juaranya menyuruh bulang ayam itu. Maka Tok Juara tua pun lalulah membulang balung ayam biring Si Kunani yang bertukar dengan pak Kadok itu mengenakan taji bentok alang serta dengan berbagai-bagai isyarat dan petuanya. Maka Pak Kadok pun segeralah membulang ayamnya bertukar dengan baginda itu, iaitu tuntung tajinya dihalakan kehadapan dan putingnya kebelakang.Maka titah baginda, Hai Pak Kadok, apakah taruhnya kita menyambung ayam ini? Soronglah dahulu supaya beta lihat.Maka sembah Pak Kadok, Ampun Tuanku beribu-ribu ampun, patek ini tiada harta apa harta yang ada, hanya kampong sebuah itu sahaja. Jikalau ada ampun dan kurnia kebawah dulu Tuanku, kampong itulah patik gadaikan kebawah duli Tuanku menjadi tanggungan memohonkan berhutang kadar lima puluh rial.
Maka titah baginda, baiklah.Lalu dikurniakan oleh baginda wang yang sebanyak permintaan Pak Kadok itu kepada dengan memegang gadaian kampung itu. Telah sudah, baginda pun menyorongkan taruhnya lima puluh rial juga, jumlahnya seratus rial. Maka serta sudah, baginda pun mengajak Pak Kadok melepaskan ayam masing-masing. Sembah Pak Kadok, silakanlah Tuanku.Maka baginda pun lalulah menguja-uja ayam keduanya itu. Maka naiklah bengis keduanya, serta meremang bulu suak ditengkuknya, lalulah bersama-sama melepaskan ayam masing-masing. Maka ayam biring Si Kunani pun datanglah menggelepur ayam jalak. Dan Si Jalak pun segeralah membalas pula, tetapi kasihan,sungguh pun Si Jalak membalas, percuma saja kerana tajinya dibulang oleh Pak Kadok, juara tuntungnya kehadapan dan putingnya kebelakang. Jadinya bila Si Jalak membalas itu tertikamlah pada dadanya sendiri lalu tersungkur menggelupur ditengah gelanggang itu, kerana dua liang sudah lukanya sekali terkena tikam oleh taji Si Biring dan sekali ditikam oleh tajinya sendiri.Setelah Pak Kadok melihatkan ayam jalak sudah mati dan Si Biring itu menang maka ia pun lupalah akan hal ia telah bertukar dengan baginda tadi. Wah apatah lagi ia pun tiadalah sedarkan dirinya seraya bertepuk tangan dan bersorak serta melompat-lompat lalu menyerukan tuah ayamya itu. Maka oleh tersangat bertepuk dan melompat itu, habislah pecah bercarik-carik seluar dan baju kertasnya itu, bercabiran berterbangan oleh angin berkeping-keping kesana kemari bercampang-camping. Maka Pak Kadok pun tinggallah berdiri ditengah khalayak yang banyak itu dengan bertelanjang bogel sahaja.Hatta demi dilihat oleh baginda dengan sekalian orang besar-besar dan rakyat, tentera hina dina sekalian akan hal Pak Kadok ini, semuanya tertawa serta bertepuk tangan dengan tempek soraknya kesukaan melihat temasya Pak Kadok itu. Demikian juga baginda pun tertawa bersama-sama.Maka ada pun akan Pak Kadok, demi ia melihat sekalian mereka itu habis tertawa, ia pun tercengang pula kerana pada sangkanya mereka itu menumpang kesukaan dirinya itu .Kemudian apabila ia menoleh kepada tubuhnya, barulah diketahuinya akan dirinya bertelanjang bulat itu. Aduhai! Malunya yang amat sangat lalu ia berkerja lari dengan bersungguh-sungguh hati, lansung pulang ke rumahnya. Maka baginda pun berseru dengan nyaring suaranya. Inilah malang Pak Kadok, ayamnya menang, kampung tergadai.Maka baginda dengan sekalian yang ada di dalam medan sabung itu pun kembalilah masing-masing kerumahnya.
Ada pun akan Pak Kadok lari itu tiadalah ia memandang lagi kekiri kekanan. Serta ia sampai kerumahnya seraya terpandang oleh Mak Siti, maka terpanjatlah orang tua itu seraya berkata, Apa kena awak, Pak Kadok seperti orang gila ini? Maka oleh Pak Kadok di kabarkannya ialah daripada awal hingga keakhirnya. Serta didengar sahaja oleh isterinya akan hal suaminya itu, ia pun menagislah kerana mengenangkan untungnya yang malang itu dengan berbagai-bagai sungut leternya akan Pak Kadok oleh kebodohannya itu. Maka Pak Kadok pun diamlah terkosel-kosel, tiada berani menjawab akan isterinya lalu ia pergi membuat kerjanya sehari-hari itu juga.Sekali peristiwa Pak Kadok dijemput oleh orang makan kenduri. Mula-mula datang orang yang dihilir sungai tempatnya tinggal itu mempersilakan Pak Kadok kerumahnya pada esok hari, waktu zohor iaitu makanannya seekor kerbau. Maka katanya Baiklah.
Setelah mereka itu sudah kembali, ada seketika datang pula orang dari hulu sungai itu menjemput Pak Kadok kerumahnya pada esok hari juga tatkala tengah hari muda, iaitu jamuannya memotong lembu dua ekor pula. Itu pun disanggupnya juga.Telah hari malam, Pak Kadok pun tidurlah kedua laki isteri. Ada pun adapt pak Kadok telah lazim padanya setiap pagi memakan nasi dingin yang telah direndam oleh isterinya pada malam itu. Apabila sudah makan nasi yang tersebut itu, barulah ia pergi barang kemana-mana membuat kerjanya.Hatta setelah keesokan harinya, pagi-pagi pak Kadok pun bangunlah bersiap memakai, lalu turun memikul pengayuh berjalan menuju kepangkalan. Serta dilihat oleh isterinya ia pun menyeru akan suaminya katanya, Hai Pak Siti, tidakkah hendak makan nasi rendam ini lagi? Sementangkan nak makan lembu dan kerbau nasi ini ditinggalkan sahaja.Maka sahut Pak Kadok, Tak usahlah, curahkan ketanah biar dimakan oleh ayam kita.Maka oleh isterinya dengan sebenar nasi itu dibuangnya ketanah, dan Pak Kadok pun turun keperahu lalu berkayuh.Ada pun pada masa itu air sungai sedang surut terlalu amat derasnya. Maka Pak Kadok berfikir di dalam hatinya, kemana baik aku pergi. Jika ke hilir tiada penat dan teruk aku berkayuh, hanya menurutkan ayir dihilir sahaja, tetapi kerbau seekor kemanakah padanya. Kalau begitu baiklah aku mudek juga.
Ia pun lalu berkayuh mudek menongkah air surut itu dengan terbengkil. Apabila penat dia berhenti sambil berfikir pula, dan perahunya hanyut balik kehilir setanjung dua tanjung jauhnya berkayuh pula. Demikianlah hal Pak Kadok, kayuh-kayuh berhenti dengan berfikir juga.
Beberapa lamanya air pun tenang surut. Hampir akan pasang baharulah Pak Kadok sampai kerumah jemputan itu, tetapi apalah gunanya. Sia-sia sahajalah penat jerehnya itu kerana matahari pun telah zuhur, jamuan itu pulang ke kampung masing-masing.
Maka apabila terlihat oleh tuan rumah akan Pak Kadok datang itu, ia pun berkata, Amboi kasihannya di hati saya oleh melihatkan penat sahaja Pak Kadok datang, suatu pun tidak ada lagi, yang ada semuanya telah habis. Malang sungguhlah Pak Kadok ini.
Telah didengar oleh Pak Kadok, maka ujarnya, sudahlah apa boleh buat. Sahajakan nasib saya.
Maka ia pun berkayuhlah hilir pula, hasratnya hendak mendapatkan rumah yang memotongkan kerbau itu pula, tetapi air sudah pasang deras. Maka Pak Kadok pun berkayuhlah bersungguh-sungguh hatinya menongkah air pasang itu, terbengkil-bengkil di tengah panas terik dengan lapar dahaganya. Tetapi kerana bebalnya itu tiadalah ia mahu singgah kerumahnya langsung sahaja ia kehilir, hendak segera menerpa kerbau yang lagi tinggal itu. Sehingga air pasang hampir akan surut, barulah Pak Kadok sampai kesana pada waktu asar rendah dan sekalian orang jemputan pun sedang hendak turun berkayuh pulang kerana sudah selesai jamuan itu. Maka apabila dilihat oleh Pak Kadok akan hal itu ia pun tiadalah hendak singgah lagi kerumah orang kenduri itu, lalu ia memaling haluan perahunya, langsung berkayuh mudek dengan rungutnya seperti baung dipukul bunyinya, kerana terlalu amat penatnya terpaja-paja ke hulu kehilir di tengah panas terik itu, perut pun sudah kebuluran dan mata Pak Kadok naik berbinar-binar, tambahan pula mudek itu pun menongkah juga. Maka pada waktu senja baharulah ia sampai kepangkalannya seraya menambat perahu dan naik ke rumah.
Shahadan, apabila dilihat oleh isterinya akan muka suaminya masam dan diam tiada berkata-kata, maka ia pun menyeru akan Pak Kadok, katanya apakah agak sebabnya orang pergi memakan lembu dan kerbau ini masam sahaja? Apa lagi yang kekurangan? Perut sudah kenyang makan daging.
Maka berbagai-bagai bunyi ratap Pak Kadok. Kemudian ia pun naiklah metanya, serta mengambil kayu api dan berkata, kenyang memakan kepala bapa engkau. Lalu ia memalu kepala isterinya. Dengan takdir Allah, sungguh pun sekali pukul sahaja, isteri Pak Kadok pun rebah lalu mati. Setelah dilihat oleh Pak Kadok isterinya sudah mati, ia pun merebahkan dirinya disisi isterinya itu lalu menangis mengolek-golekkan dirinya seraya berkata, aduhai malang nasibku ini, sudahlah penat berkayuh kehulu kehilir, mana kebuluran, sampai kerumah isteriku pula mati oleh perbuatanku juga.
Maka berbagai-bagailah bunyi ratap Pak Kadok. Kemudian ia pun menjemput segala pegawai akan menanamkan isterinya itu.
Setelah selesai daripada pekerjaan itu, maka Pak Kadok pun berniat hendak pindah dari rumahnya, bertandang duduk barang kemana-mana rumah yang lain, asalkan boleh ia meninggalkan kampung halamannya itu sudahlah, kerana fikirannya dari sebab ia tinggal di rumah dan kampungnya itulah, maka ia beroleh kemalangan yang begitu sialnya. Setelah tetaplah fikirannya yang demikian, maka Pak Kadok pun mengemaskan sekalian harta bendanya lalu diangkatnya turun keperahu. Serta bersedia ia pun melangkah dengan tauhid hatinya meninggalkan kampung halaman dengan rumah tangganya, akan berpindah ke kuala sungai itu menumpang duduk di rumah seorang handainya disana.
Arakian, Pak Kadok pun membabarkan layarnya seraya menujukan haluan perahunya ke kuala. Tetapi kasihan. Percumalah penat jereh Pak Kadok membentang layar dan mengemudikan perahunya itu, dari kerana sungguh pun pada masa ia menarik layar tadi angin paksa sedang kencang bagus, tetapi serta layarnya sudah sedia, angin pun mati seperti direnti-rentikan oleh yang hasad akan Pak Kadok lakunya. Maka perahu Pak Kadok pun hanyutlah terkatong-katong kehulu kehilir, ketengah dan ketepi menantikan angin. Beberapa lamanya dengan hal yang demikian, hari pun hampirlah akan petang, tubuh Pak Kadok terlalu amat letih dan lesunya. Lama kelamaan datang bebal hatinya serta merampas lalu ia menurunkan layer dan melabuh sauhnya seraya membentangkan kajang berbaring-baring melepaskan jerehnya.
Maka dengan kudrat Allah yang maha kaya menunjukkan kemalangan nasib Pak Kadok, angin paksa pun turunlah berpuput dengan ugahari kencangnya seolah-olah khianatkan Pak Kadok lakunya. Tetapi sia-sialah sahaja puputan bayu yang sedemikian itu moleknya hingga menjadi paksa yang maha baik dengan sebab kemalasan menjadi kemalangan bagi diri Pak Kadok, hingga ditaharkan perahunya ulang-aling di palu oleh ombak dengan gelombang ditengah sungai itu, seraya berkata Cheh! Angin bedebah ini sahajakan ia hendak menunjukkan makarnya kepada aku. Sedanglah sudah sehari suntuk aku hanyut, tak mahu turun, agaknya oleh tegar hatiku. Biarlah tak usah aku belayar, asalkan puas rasa hati ku. Jangan aku menurutkan kehendak engkau.
Kemudian ia pun tidurlah dengan terlalu amat lenanya kerana lelah dan kelaparan. Hatta setelah keesokan harinya, pagi-pagi Pak Kadok pun bangunlah membongkar sauhnya seraya berkayuh perlahan-lahan seharian itu, hingga petang barulah ia sampai kerumah sahabatnya itu, seraya mengangkat sekalian barang-barangnya naik kesitu. Maka tinggallah Pak Kadok menumpang di rumah handainya itu selama-lamanya dengan tiada sekali-kali ingatannya hendak kembali kekampung halamannya dari sebab bodohnya.
Maka dari kerana kemalangan diri Pak Kadok itu sentiasa di perbuat orang akan bidalan oleh sekalian mereka pada zaman sekarang dengan seloka, demikianlah bunyinya:
Aduhai malang Pak Kadok! Ayamnya menang kampung tergadai Ada nasi di curahkan Awak pulang kebuluran Mudek menongkah surut Hilir menongkah pasang Ada isteri di bunuh Nyaris mati oleh tak makan Masa belayar kematian angin Sudah di labuh bayu berpuput Ada rumah bertandang duduk.
Semut dan Belalang
Pada
siang hari di akhir musim gugur, satu keluarga semut yang telah bekerja keras
sepanjang musim panas untuk mengumpulkan makanan, mengeringkan butiran-butiran
gandum yang telah mereka kumpulkan selama musim panas. Saat itu seekor belalang
yang kelaparan, dengan sebuah biola di tangannya datang dan memohon dengan
sangat agar keluarga semut itu memberikan sedikit makan untuk dirinya.
"Apa!"
teriak sang Semut dengan terkejut, "tidakkah kamu telah mengumpulkan dan
menyiapkan makanan untuk musim dingin yang akan datang ini? Selama ini apa saja
yang kamu lakukan sepanjang musim panas?"
"Saya
tidak mempunyai waktu untuk mengumpulkan makanan," keluh sang Belalang;
"Saya sangat sibuk membuat lagu, dan sebelum saya sadari, musim panas pun
telah berlalu."
Semut
tersebut kemudian mengangkat bahunya karena merasa gusar.
"Membuat
lagu katamu ya?" kata sang Semut, "Baiklah, sekarang setelah
lagu tersebut telah kamu selesaikan pada musim panas, sekarang saatnya kamu
menari!" Kemudian semut-semut tersebut membalikkan badan dan melanjutkan
pekerjaan mereka tanpa memperdulikan sang Belalang lagi.
CONTOH VIDEO
PROSA MODEN :
Sebuah kisah tatapan utk semua...
Yang baik jadikan pengajaran...wahai suami
reda lah dengan apa yang ada pada isterimu.......... Nura memerhatikan jam di
dinding, sudah dekat pukul 12.00 malam, argh... dia lambat lagi malam ini.
Akhirnya sofa itu jugak menjadi katilnya malam ini. 2.00 pagi.
"Nura, Nura bangun sayang". Hilmi
mengejutkan isterinya.
"Eh! abang dah balik, maaf Nura tertidur,
abang nak makan?" tanya Nura.
"Tak per lah abang dah makan tadi, Jomlah
kita tidur di atas". jawapan yang cukup mengecewakan Nura.
"Arrggh rindunya Nura pada abang, rindu
nak makan semeja dengan abang, abang tak nak tengok ker apa Nura masak hari ni,
ikan cencaru sumbat kesukaan abang," luah Nura dalam hati.
"Abang naiklah dulu Nura nak simpan lauk
dalam peti ais dulu". pinta Nura sambil menuju ke dapur. Gugur air mata
isterinya menyimpan kembali lauk-lauk yang langsung tidak dijamah suami
tercinta, kecil hatinya sedih perasaannya. Nura ambil dua keping roti sapu jem
dan makan untuk alas perut kerana dia sememangnya lapar, tapi selera makannya
terbunuh dengan situasi itu.
Nura menghirup milo panas sedalam-dalamnya dan
akhirnya masuk bilik air gosok gigi dan terus menuju ke bilik tidur. Sekali
lagi terguris hati seorang isteri apabila melihatkan suaminya telah terlelap.
"Sampai hati abang tidur dulu tanpa ucapkan selamat malam tanpa kucupan
mesra, tanpa belaian dan tanpa kata-kata kasih abang pada Nura", bisik
hati kecilnya.
Aargghh rindunya Nura pada abang. " Nura
rindu nak peluk abang, Nura nak kucup abang, Nura rindu abang". Selesai
solat subuh Nura panjatkan doa semoga dia sentiasa beroleh bahagia, dipanjangkan
jodohnya dengan Hilmi tercinta, diberi kesihatan yang baik dan paling panjang
dan khusyuk dia berdoa semoga Allah berikan kekuatan untuk menempuh segala
badai.
Selesai menjalankan amanat itu, Nura kejutkan
Hilmi, manakala dia bingkas menuju ke dapur menyediakan sarapan buat suami
tersayang. Nura keluarkan ayam dan sayur dan mula menumis bawang untuk
menggoreng mee.
"Assalamualaikum", sapa Hilmi yang
sudah siap berpakaian untuk ke pejabat.
"Waalaikumsalam, sayang". Nura cuba
bermanja sambil menambah, "abang nak kopi atau teh?" Nura tetap
kecewa apabila Hilmi hanya meminta air sejuk sahaja, dia ada 'presentation' dan
hendak cepat, mee goreng pun hanya dijamah sekadar menjaga hati Nura dan
tergesa-gesa keluar dari rumah. Nura menghantar pemergian suami hingga ke muka
pintu
"Abang, Nura belum cium tangan abang,
abang belum kucup dahi Nura", kata Nura selepas kereta itu meluncur pergi.
Arrghh rindunya Nura pada abang.
***************************
"Mi, semalam pukul berapa kau
balik?" tanya Zikri.
"Dekat pukul 2.00 pagi". Jawab Hilmi
acuh tak acuh.
"Wow dasyat kau, kalah kami yang bujang
ni, hai semalam malam Jumaat ler, kesian bini kau". Zikri bergurau nakal.
"Apa nak buat, lepas aku siapkan plan tu,
aku ikut Saiful dan Nazim pergi makan dan borak-borak, sedar-sedar dah pukul
2.00", aku balik pun bini aku dah tidur. "Balas Hilmi.
"Sorrylah aku tanya, sejak akhir-akhir
kau sengaja jer cari alasan balik lewat, hujung minggu pun kau sibuk ajak
member lain pergi fishing, kau ada masalah dengan Nura ke?". Zikri cuba
bertanya sahabat yang cukup dikenali sejak dari sekolah menengah, sampai ke
universiti malah sekarang bekerja sebumbung.
"Entahlah Zek, aku tak tahu kenapa sejak
akhir-akhir aku rasa malas nak balik rumah, bukan aku bencikan Nura, kami tak
bergaduh tapi entahlah". terang Hilmi.
"Well, aku rasa aku perlu dengar
penjelasan lebar kau, aku nak dengar semuanya, tapi bukan sekarang. Lepas kerja
jom kita keluar ok?". Usul Zikri.
"Ok." Ringkas jawapan Hilmi sambil
menyambung kembali merenung plan bangunan yang sedang direkanya.
***************************
Nura membuka kembali album kenangan itu.
Tersenyum dia bila melihatkan saat manis dia diijab kabulkan dengan Hilmi.
Majlis ringkas, hanya dihadiri sanak saudara dan rakan terdekat. Maklumlah
yatim piatu, kenduri ini pun mujur sangat kakak sulungnya sudi mengendalikan.
Saat-saat sebegini Nura teringat kembali
alangkah indahnya sekiranya ibunya masih ada, akan diluahkan segalanya pada ibu
tetapi sekarang, dia tidak punya sesiapa. Nura menangis sepuas hatinya.
5 tahun menjadi suri Hilmi, bukan satu tempoh
yang pendek. Nura bahagia sangat dengan Hilmi, cuma sejak akhir-akhir ini
kebahagiaan itu makin menjauh. Nura sedar perubahan itu, dan dia tidak salahkan
Hilmi. Makin laju air matanya mengalir.
"Abang sanggup menerima Nura, abang tidak
menyesal?". tanya Nura 5 tahun yang lepas.
"Abang cintakan Nura setulus hati abang,
abang sanggup dan Insya-Allah abang akan bahagiakan Nura dan akan abang
tumpahkan sepenuh kasih sayang buat Nura,". Janji Hilmi.
"Walaupun kita tidak berpeluang menimang
zuriat sendiri?". Tanya Nura lagi.
"Syyy... doktor pun manusia macam kita,
yang menentukan Allah, Insya-Allah abang yakin sangat kita akan ada zuriat
sendiri", Hilmi meyakinkan Nura.
Nura masih ingat saat itu, apabila dia
menerangkan pada Hilmi dia mungkin tidak boleh mengandung kerana sebahagian
rahimnya telah dibuang kerana ada ketumbuhan. Harapan untuk mengandung hanya
10-20 peratus sahaja. Tapi Hilmi yakin Nura mampu memberikannya zuriat. Tapi,
itu suatu masa dahulu, selepas 5 tahun, Nura tidak salahkan Hilmi sekiranya dia
sudah mengalah dan terkilan kerana Nura masih belum mampu memberikannya zuriat.
Walaupun Nura sudah selesai menjalani pembedahan untuk membetulkan kembali
kedudukan rahimnya dan mencuba pelbagai kaedah moden dan tradisional. Arrghh
rindunya Nura pada abang.
***************************
"Aku tak tahu macam mana aku nak luahkan
Zek, sebenarnya aku tidak salahkan Nura, dia tidak minta semuanya berlaku,
isteri mana yang tidak mahu mengandungkan anak dari benih suaminya yang halal,
tapi... " ayat Hilmi terhenti disitu.
"Tetapi kenapa? Kau dah bosan? Kau dah
give up?" Celah Zikri.
"Bukan macam tu, aku kesian dengan dia
sebenarnya, duduk rumah saja, sunyi, tapi sejak akhir-akhir ini perasaan aku
jadi tak tentu arah, aku rasa simpati pada dia, tetapi kadang-kadang perasaan
aku bertukar sebaliknya", terang Hilmi.
"Maksudnya kau menyesal dan menyalahkan
dia?" tingkas Zikri.
"Entahlah Zek, aku tak kata aku menyesal,
sebab aku yang pilih dia, aku tahu perkara ni akan berlaku, cuma mungkin aku
terlalu berharap, dan akhirnya aku kecewa sendiri. Dan aku tidak mahu
menyalahkan Nura sebab itulah aku cuba mengelakkan kebosanan ini, dan elakkan
bersama-samanya macam dulu kerana simpati aku pada dia akan bertukar menjadi
perbalahan" jelas Hilmi.
"Dan kau puas hati dengan melarikan diri
dari dia? kata Zikri tidak berpuas hati dan menambah, "apa kata korang
ambil saja anak angkat?"
"Anak angkat tak sama dengan zuriat
sendiri Zek, kau tak faham. Aku harapkan zuriat sendiri dan dalam masa yang
sama aku tahu dia tak mampu, ibu dan kakak-kakak aku pun dah bising, mereka
suruh aku kawin lagi, tapi aku tak sanggup melukakan hati dia Zek. Aku tak
sanggup". Ujar Hilmi.
***************************
Nura masih menanti, selalunya hujung minggu
mereka akan terisi dengan pergi berjalan-jalan, membeli belah, atau
setidak-tidaknya mengunjungi rumah saudara mara atau menjenguk orang tua Hilmi
di kampung.
Kini dah hampir 5 bulan mereka tidak menjenguk
mertua dia. Dia sayangkan mertua dan iparnya yang lain macam saudara sendiri.
Dia tidak punya ibu, maka dengan itu seluruh kasih sayang seorang
anakdicurahkan kepada kedua mertuanya. Sebolehnya setiap kali menjenguk mertua
atau kakak-kakak iparnya dia akan bawakan buah tangan untuk mereka, biasanya
dia akan menjahit baju untuk mereka, itulah yang selalu dibuat untuk
menggembirakan hati mertuanya, maklumlah dia punya masa yang cukup banyak untuk
menjahit.
Selalunya juga dia akan buatkan kek atau
biskut untuk dibawa pulang ke kampung suami tersayangnya. Dan mereka akan
gembira sekali untuk pulang ke kampung, tapi kini... aarghh rindunya Nura pada
abang. Nura tahu Hilmi pergi memancing sebab dia bawa bersama segala peralatan
memancing, dan hari ini sekali lagi Nura menjadi penghuni setia rumah ini
bersama setianya kasihnya kepada Hilmi. Nura masih tidak menaruh syak pada
Hilmi, dia masih cuba memasak sesuatu yang istemewa untuk Hilmi bila dia pulang
malam nanti, tapi Nura takut dia kecewa lagi.
Arghh tak apalah, demi suami tercinta. Aaarggh
Rindunya Nura pada abang.
***************************
"So you dah tahu I dah kawin, tapi you
masih sudi berkawan dengan I kenapa? Adakah kerana simpati atau ikhlas?"
tanya Hilmi pada Zati yang dikenali dua minggu lepas semasa mengikut
teman-teman pergi memancing. Sejak itu Zati menjadi teman makan tengaharinya,
malah kadang teman makan malamnya.
"I ikhlas Hilmi, dan I tak kisah kalau
jadi yang kedua, I dah mula sayangkan you". Zati berterus terang. Lega
hati Hilmi, tapi Nura?
***************************
"Abang, Nura tak berapa sihatlah bang
rasa macam nak demam saja," adu Nura pagi tu, sebelum Hilmi ke pejabat.
"Ye ker? Ambil duit ni, nanti Nura call
teksi dan pergilah klinik ye, abang tak boleh hantar Nura ni." jawapan
Hilmi yang betul-betul membuatkan Nura mengalirkan air mata. Tidak seperti dulu-dulu,
kalau Nura sakit demam Hilmi sanggup mengambil cuti, bersama-sama menemani
Nura.
Arrggh rindunya Nura pada abang. Disebabkan
Nura terlalu sedih dan kecewa, dia mengambil keputusan tidak mahu ke klinik
selepas makan dua bijik panadol, dia terus berbaring. Sehingga ke petang, badan
dia semakin panas dan kadang terasa amat sejuk, kepalanya berdenyut-denyut.
Nura menangis lagi.
Malam tu, seperti biasa Hilmi pulang lewat
setelah menemani Zati ke majlis harijadi kawannya. Nura masih setia menunggu
dan dia rasa kali ini dia ingin luahkan segala perasaan rindu dan sayangnya
pada Hilmi. Tak sanggup lagi dia menanggung rindu yang amat sarat ini, rindu
pada manusia yang ada di depan mata setiap hari.
Aargh rindunya Nura pada abang. Apabila Hilmi
selesai mandi dan tukar pakaian, Nura bersedia untuk membuka mulut, ingin
diluahkan segalanya rasa rindu itu, dia rasa sakit demam yang dia tanggung
sekarang ini akibat dari memendam rasa rindu yang amat sarat.
"Abang, Nura nak cakap sikit boleh?"
Nura memohon keizinan seperti kelazimannya.
"Nura, dah lewat sangat esok sajalah,
abang letih," bantah Hilmi.
"Tapi esok pun abang sibuk jugak, abang
tak ada masa, dan abang akan balik lambat, Nura tak berpeluang abang".
ujar Nura dengan lembut.
"Eh..dah pandai menjawab,"perli Hilmi.
Meleleh air mata Nura, dan Hilmi rasa bersalah dan bertanya apa yang Nura nak
bincangkan.
"Kenapa abang terlalu dingin dengan Nura
sejak akhir-akhir ni? Tanya Nura.
"Nura, abang sibuk kerja cari duit,
dengan duit tu, dapatlah kita bayar duit rumah, duit kereta, belanja rumah dan
sebagainya faham?" Hilmi beralasan.
Nura agak terkejut, selama ini Hilmi tak
pernah bercakap kasar dengan dia, dan dia terus bertanya, "dulu Abang tak
macam ni, masih ada masa untuk Nura, tapi sekarang?" Ujar Nura.
"Sudahlah Nura abang dah bosan, pening,
jangan tambahkan perkara yang menyesakkan dada", bantah Hilmi lagi.
"Sampai hati abang abaikan Nura, Nura
sedar siapa Nura, Nura tak mampu berikan zuriat untuk abang dan abang bosan
kerana rumah kita kosong, tiada suara tangis anak-anak bukan? " dan Nura
terus bercakap dengan sedu sedan.
"Sudahlah Nura abang dah bosan, jangan
cakap pasal tu lagi abang tak suka. Bosan betul..." Pagi tu, Hilmi keluar
rumah tanpa sarapan, tanpa bertemu Nura dan tanpa suara pun. Nura makin rindu
pada suaminya, demamnya pula kian menjadi-jadi.
Malam tu Hilmi terus tidak pulang ke rumah,
Nura menjadi risau, telefon bimbit dimatikan, Nura risau, dia tahu dia
bersalah, akan dia memohon ampun dan maaf dari Hilmi bila dia kembali. Nura
masih menanti, namun hanya hari ketiga baru Hilmi muncul dan Nura terus memohon
ampun dan maaf dan hulurkan tangan tetapi Hilmi hanya hulurkan acuh tak acuh
sahaja. Nura kecil hati dan meminta Hilmi pulang malam nanti kerana dia ingin
makan bersama Hilmi. Hilmi sekadar mengangguk. Tetapi malam tu Nura kecewa
lagi. Hilmi pulang lewat malam. demam Nura pulak makin teruk, dan esoknya tanpa
ditemani Hilmi dia ke klinik, sebab sudah tidak tahan lagi.
***************************
Abang pulanglah abang, pulanglah Nura ingin
beritahu perkhabaran ini, pulang abang, doa Nura. Nura kecewa tapi masih
menanti, bila masuk hari ketiga dia sudah tidak sabar lagi, dia menelefon ke
pejabat. Dan telefon itu disambut oleh Zikri.
"Syukurlah Nura kau telefon aku, ada
perkara aku nak cakap ni, boleh aku jumpa kau? tanya Zikri.
"Eh tak bolehlah aku ni kan isteri orang,
mana boleh jumpa kau tanpa izin suami aku, berdosa tau", tolak Nura.
Pilunya hati Zikri mendengar pengakuan Nura itu. Setianya kau perempuan, bisik
hatinya.
"Oklah kalau macam tu, aku pergi rumah
kau, aku pergi dengan mak aku boleh?" pinta Zikri.
"Ok, kalau macam tu tak apalah, aku pun
dah lama tak jumpa mak kau, last sekali masa konvo kita 6 tahun lepas
kan?" setuju Nura.
***************************
"Eh kenapa pucat semacam ni? tegur Mak
Siti.
Nura hanya tersenyum penuh makna, dan
membisik, "Allah makbulkan doa saya mak cik". Pilu hati Mak Siti dan
betapa dia sedar betapa Allah itu Maha Mengetahui apa yang Dia lakukan. Segera
Mak Siti mendapat Zikri di ruang tamu dan khabarkan berita itu. Zikri serba
salah.
"Nura, aku anggap kau macam saudara aku,
aku tak tahu macam mana nak mulakan, aku harap kau tabah dan tenang, sebenarnya
Hilmi dalam proses untuk berkahwin lagi satu, dan aku sayangkan korang macam
saudara sendiri, dan aku tak sanggup rumah tangga korang musnah macam ni, kau
tanyalah dengan Hilmi dan bincanglah, cubalah selamatkan rumah tangga
korang." terang Zikri.
Nura menangis semahunya di bahu Mak Siti, rasa
hampir luruh jantung mendengarkan penjelasan itu. Patutlah selalu tidak balik
rumah. Berita gembira yang diterima pagi tadi, sudah tidak bermakna. Nura
menantikan Hilmi sehingga ke pagi, namun dia masih gagal. Dua hari kemudian
Hilmi pulang dan sibuk mengambil beberapa pakaian penting, dan masa ini Nura
bertekad untuk bertanya.
"Ya, betul apa yang Nura dengar tu, dan
kami akan langsungkan jugak, dan abang takkan lepaskan Nura, itu janji abang,
mak ayah pun dah tahu dan mereka tak kisah asalkan abang tidak lepaskan Nura,
kerana mereka juga sayangkan Nura, dan Nura kena faham abang inginkan zuriat
sendiri, walau apa pun persiapan sedang dibuat, abang janji takkan abaikan
Nura." Janji Hilmi. Nura sayu mendengar, dan bagaikan kelu lidahnya untuk
berkata-kata. Dan segala perkhabaran gembira itu terbunuh menjadi khabar duka.
Nura terlalu kecewa.
***************************
Hilmi masih menanti di luar, rasa amat
bersalah bersarang di kepala, sejak dihubungi Zikri, dia bergegas ke hospital
apabila dimaklumkan Nura pengsan dan mengalami pendarahan. Doktor dan jururawat
keluar masuk. Dia masih resah.
"Insya-Allah En. Hilmi, dua-dua
selamat", terang doktor pada Hilmi. "Dua-dua apa maksud doktor? tanya
Hilmi.
"Dua-dua ibu dan baby dalam kandungan tu,
tapi dia kena banyak berehat kerana rahimnya tidak begitu kukuh, saya takut
banyak bergerak akan menyebabkan berlaku keguguran, tapi kami dah mulakan
injection untuk kuatkan paru-paru baby dan jahitkan rahim dia dan bersedia
untuk early delivery dalam kes macam ni," terang doktor.
"Ya Allah Nura mengandung, Ya Allah
berdosanya aku pada Nura, kesal Hilmi. Malu rasanya untuk menatap muka Nura.
"Kenapa Nura tak bagi tahu abang yang
Nura mengandung? kesal Hilmi.
"Nura memang nak bagitau abang tapi, bila
abang cakap abang sudah bertunang dan akan berkahwin dengan perempuan Nura tak
sampai hati bang, Nura tak sanggup abang malu dan keluarga abang malu."
Jelas Nura.
"Nura sebenarnya, abang belum bertunang
dengan budak tu, abang cuma sekadar berkawan sahaja. Belum pernah abang
bincangkan soal kawin lagi, dan abang tak sanggup nak teruskan hubungan tu lagi
kerana abang akan jadi ayah tidak lama lagi." janji Hilmi. Kesal kerana
mengabaikan Nura yang mengandung itu, membuatkan Nura risau dan akhirnya pitam
di halaman rumah, mujurlah ada jiran nampak dan membawa ke hospital, dan mujur
jugak Nura pengsan di halaman, dapat dilihat orang.
***************************
"Mama, kenapa mama buat tu, biarlah mak
yang buat," marah Hilmi bila melihatkan Nura cuba menyapu lantai. Sejak
keluar hospital hari tu, mertua dia meminta supaya Nura tinggal saja di rumah
sehingga bersalin kerana dia memang tidak dibenarkan doktor melakukan sebarang
kerja, bimbang keguguran kerana rahimnya tidak kuat.
"Ala Papa ni, biarlah mama buat sikit
sajalah." balas Nura. Itulah panggilan manja mereka sekarang ni. Dengan
pengawasan rapi doktor, yang setiap dua tiga sekali akan melakukan pemeriksaan,
dan bila usia kandungan mencecah 6 bulan, doktor mengarahkan supaya Nura hanya
berehat di hospital, supaya senang mengawasi Nura dan andainya apa-apa berlaku
Nura akan terus dibedah untuk menyelamatkan nyawanya dan bayi yang dikandung.
Setiap hari Nura akan dilawati oleh Hilmi.
Nura amat bahagia, ternyata bayi yang dikandung membawa sinar, amat berharga
kehadiran dia nanti, sebab itulah Nura sanggup tinggal di hospital, sanggup
menelan berjenis ubat, sanggup disuntik apa saja semuanya demi bayi itu.
Kandungan sudah di penghujung 7 bulan, Nura amat bahagia merasakan
gerakan-gerakan manja bayi yang dikandungnya. Setiap tendangan bayi dirasakan
amat membahagiakan.
Doktor makin teliti menjaga Nura, kerana
bimbang berlaku pertumpahan darah, dan akhirnya apa yang dibimbangi para doktor
menjadi nyata apabila Nura mengalami pertumpahan darah yang serius, lantas
terus dia ditolak ke dalam bilik bedah dalam masa beberapa minit sahaja.
Hilmi tiba bersama ibu dan ayahnya, dia panik
sekali, namun cuba ditenangkan oleh kedua orang tuanya. Hampir 1 jam berlalu,
apakah khabarnya Nura di dalam sana. Hilmi makin risau, setengah jam kemudian
doktor keluar. Hilmi meluru "doktor bagaimana isteri saya ?", Hilmi
terus bertanya.
"Sabar, kami telah cuba sedaya upaya,
tahniah anak encik selamat, encik dapat anak perempuan, seberat 2.1 kilogram,
dan kini kami cuba sedaya upaya untuk selamatkan Puan Nura Ain." terang
doktor.
"Apa maksud doktor? Tanya Hilmi yang
sudah tidak sabar.
"Begini, dia kehilangan banyak darah,
kami cuba sedaya upaya menggantikan darahnya yang keluar itu, dan masih
berusaha, namun rahimnya terus berdarah dan kami mohon kebenaran untuk membuang
terus rahimnya demi menyelamatkan nyawanya." jelas doktor.
"Buatlah doktor, saya izinkan asalkan
isteri saya selamat."
***************************
"Ermmm... lekanya dia sampai
terlena." tegur Hilmi sambil membelai dan mengusap kepala Nur Syuhadah
yang terlena akibat kenyang selepas menyusu dengan Nura. Nura hanya tersenyum.
Hari ni genap seminggu usia Syuhadah. Nura Ain masih lemah akibat kehilangan
banyak darah. Namun dikuatkan semangat demi Nur Syuhadah buah hatinya. Dia
mencium sepenuh kasih sayang pipi comel anaknya itu. Dia membelai sayu wajah
comel itu. Entah kenapa dia rasa seperti terlalu sayu hari itu, hatinya terlalu
sepi, semalam dia mimpikan arwah ibunya, datang menjenguk dia dan Syuhadah,
tanpa suara, ibunya hanya tersenyum. Dan akhirnya berlalu begitu sahaja.
Hari ini Nura menjadi seorang perindu, dia
rindukan ibunya, dan diceritakan perkara itu pada Hilmi. "Mungkin mak Nura
datang tengok cucu dia, dan dia amat gembira". pujuk Hilmi menenangkan
Nura.
"Abang... tolong Nura bang!!" laung
Nura dari bilik air.
"Ya Allah Nura kenapa ni? Hilmi
ketakutan. "Mak... tolong mak... makkkkkkkkkkk" Hilmi menjerit
memanggil emaknya didapur.
"Cepat, bawak pergi hospital, cepat
Hilmi" perintah Mak Zaharah.
***************************
"Maaf dia tidak dapat kami selamatkan,
terlalu banyak darah yang keluar, dan kami tak sempat berbuat apa-apa, dia
terlalu lemah dan akhirnya dia 'dijemputNya", terang doktor. Terduduk
Hilmi mendengarkan hal itu. Jenazah selamat dikebumikan. Syuhadah seakan
mengerti yang dia sudah tidak akan menikmati titisan-titisan susu Nura Ain
lagi.
Syuhadah menangis seolah-olah ingin
memberitahu dunia yang dia perlukan seorang ibu, seorang ibu yang bersusah
payah, bersabung nyawa demi untuk melihat kelahirannya. Demi membahagiakan
papanya, demi membahagiakan neneknya. Syuhadah terus menangis seolah-olah tidak
rela dia dipisahkan dengan ibunya hanya bersamanya untuk sekejap cuma. Semua
yang hadir kelihatan mengesat mata, tidak sanggup mendengar tangisan bayi kecil
itu. Semua terpaku dan terharu, Hilmi mendukung Syuhadah dan memujuk bayi kecil
itu, akhirnya dia terlelap didakapan papanya.
***************************
Abang yang Nura rindui,
Abang, maafkan Nura kerana selama ini tidak
mampu menjadi isteri yang terbaik buat abang. Saat abang membaca surat ini,
mungkin Nura sudah jauh meninggalkan abang, Nura tak harapkan Nura akan selamat
melahirkan anak ini, tapi Nura harap bayi akan selamat walau apa yang terjadi
pada Nura. Itu harapan Nura bang.
Nura masih ingat, rumah tangga kita hampir
runtuh kerana Nura tidak mampu memberikan zuriat buat abang, tapi bang, kali ni
doa Nura dimakbulkan, dan untuk itu, biarlah Nura menanggung segala kepayahan
demi zuriat ini bang.
Saat Nura menulis surat ini, Nura masih lagi
menjadi penghuni setiap katil hospital ini. Baby kita makin nakal bergerak
bang, tapi Nura bahagia merasa setiap tendangan dia abang, Nura bahagia,
cukuplah saat manis ini Nura dan dia. Nura rasakan setiap pergerakannya amat
bermakna, dan andainya ditakdirkan Nura hanya ditakdirkan untuk bahagia bersama
dia hanya dalam kandungan sahaja Nura redha bang. Siapalah Nura untuk menolak
ketentuanNya. Nura tak mampu abang. Cukup bersyukur kerana sekurang-kurangnya
Allah makbulkan doa Nura untuk mengandungkan zuriat dari benih abang yang Nura
cintai dan kasihi selamanya. Nura redha sekiranya selepas ini walau apa
terjadi, Nura redha, kerana Allah telah memberikan Nura sesuatu yang cukup
istemewa, dan andainya maut memisahkan kita Nura harap abang redha sebagaimana
Nura redha. Syukurlah sekurang-kurang Allah berikan nikmat kepada Nura untuk
merasai nikmatnya menjadi seorang ibu walau cuma seketika.
Andai apa yang Nura takutkan terjadi, dan bayi
ini dapat diselamatkan Nura harap abang akan jaganya dengan penuh kasih sayang.
Nura harap abang jangan biarkan hidupnya tanpa seorang ibu. Cuma satu Nura
harapkan dia akan mendapat seorang ibu yang mampu menjaga seorang anak yatim
dengan baik dan menjaganya dengan penuh kasih sayang. Seumur hayat Nura, Nura
tak pernah meminta sesuatu dari abang, dan kini inilah permintaan Nura,
janjilah anak ini akan mendapat seorang ibu yang penyayang.
Abang yang Nura rindui...
Dulu sewaktu rumah tangga kita dilandai badai,
Nura ingin sangat ucapkan kata-kata ini pada abang, tapi Nura tak
berkesempatan, dan walaupun kini Nura tiada lagi, tapi Nura nak abang tahu
yang...
Nura rindukan abang... ...
Nura rindu sangat dengan abang... ..rindu
bang... rindu sangat... .
Sekian,
Ikhlas dari nurani isterimu
Nura Ain Bt. Abdullah
TATABAHASA
Kata Adjektif ( Kata Sifat )
Kata Adjektif ialah perkataan yang menerangkan sifat atau keadaan
sesuatu
kata nama seperti hitam, besar, kuat, banyak dan sedikit. sifat
atau keadaan sesuatu benda, orang, tempat, binatang, dan sebagainya.
1. Kata adjektif juga dikenal
sebagai kata sifat.
A. Jenis-jenis kata Adjektif
2. Kata adjektif boleh
disertai kata keterangan amat, paling,
sangat, dan sebagainya yang
bertugas sebagai penguat.
Contohnya; sangat cantik, amat rajin, paling tinggi, dan sebagainya.
1. Adjektif Jati
Ia
menerangkan sifat atau rupa yang jati.
Contoh
Buku itu
berwarna biru.
Budak kurus
itu kawan saya.
2. Ajdektif Bilangan atau pecahan
Ia
menunjukkan bilangan atau pecahan.
Contoh
Ayah
memiliki dua buah kereta.
Saya
membeli beberapa kuntum bunga.
3. Adjektif Tunjuk
Ia
menunjukkan “bagaimana” / “yang mana”
contoh
Baju ini
mahal harganya.
Perkara
demikian jangan diulangi lagi.
4. Adjektif pencerai / pengasingan
Ia
menerangkan benda yang disifatkan itu dikira satu-satu atau
selonggok-selonggok.
Contoh
Setiap
pelajar mesti berdiplin.
Ambil
barang masing-masing.
2. Kata adjektif ialah kata yang
menerangkan
4.
Kata adjektif dapat dibahagikan kepada jenis-jenis
yang berikut:
(a) menerangkan sifat keadaan seperti sihat dan cantik;
(b) menerangkan sifat warna seperti hitam dan hijau;
(c) menerangkan sifat ukuran seperti tebal dan besar;
(d) menerangkan sifat bentuk seperti lurus dan bujur;
(e) menerangkan sifat jarak seperti hampir dan jauh;
(f) menerangkan sifat waktu seperti lama dan awal;
(g) menerangkan sifat perasaan seperti malu dan gembira;
(h) menerangkan sifat cara seperti lincah dan lambat;
(i) menerangkan sifat pencaindera
seperti masin dan harum.
B. Pangkat-pangkat Adjektif
1. Pangkat biasa
ia dinyatakan dengan menggunakan kata adjektif biasa.
Contoh
Baju dia cantik.
Buah betik itu manis.
2. Pangkat perbandingan
Ia merupakan perbandingan sama, lebih atau kurang.
Contoh
Tenaganya sekuat Badang.
Buah jambu itu semanis gula.
3. Pangkat menyangat
Ia menerangkan adjektif yang keterlaluan seperti sangat, amat,
benar-benar dan sebagainya.
Contoh
Cuaca hari ini sangat mendung.
Buah rambutan ini terlalu masak.
4. Pangkat penghabisan
Ia menerangkan adjektif paling satau penghabisan.
Contoh
Gunung Kinabalu adalah gunung yang paling tinggi di Malaysia.
Menera KLCC bangunan yang tertinggi di Malaysia.
Kata Sendi
Kata sendi ialah perkataan yang digunakan untuk menghubungkan dua
atau lebih
perkataan, frasa, atau ayat.
KATA GANDA
Kata Gandaan
ialah satu proses pengulangan perkataan.
Kata ganda
ialah kata yang terbentuk daripada kata yang digandakan sama ada sebahagian
atau seluruhnya.
Proses
pengulangan ini berlaku pada seluruh perkataan ataupun pada bahagian-bahagian tertentu
dalam
perkataan
tersebut.
Kata ganda
terdiri daripada:
(a) kata
ganda seluruh;
(b) kata
ganda semu;
(c) kata
ganda separa;
(d) kata
ganda bersajak atau berima;
(e) kata
ganda berimbuhan.
3. Terdapat empat jenis kata Gandaan iaitu :
a. Gandaan Seluruh Kata
b. Gandaan Separa / Separuh
c. Gandaan Berirama
d. Gandaan Menyaling
Gandaan Seluruh Kata
Gandaan
berlaku pada seluruh perkataan tersebut tanpa ada perubahan.
1. Kata ganda seluruh ialah
kata dasar yang digandakan seluruhnya.
2. Kata ganda seluruh mesti
diberi tanda sempang ().
3. Kata ganda seluruh terdiri
daripada kata nama, kata
adjektif, kata kerja, dan kata keterangan.
Contoh
:
Gandaan
kata nama
|
Gandaan
Kata kerja
|
Gandaan
Adjektif /sifat
|
buku-buku
lembu-lembu
murid-murid
kawan-kawan
|
baring-baring
pandang-pandang
jalan-jalan
usik-usik
|
manis-manis
besar-besar
awal-awal
bulat-bulat
|
sama ada sebahagian atau
seluruhnya.
2. Kata ganda terdiri
daripada:
(a) kata
ganda seluruh;
(b) kata
ganda semu;
(c) kata
ganda separa;
(d) kata
ganda bersajak atau berima;
(e) kata
ganda berimbuhan.
Kata Ganda Seluruh
1. Kata ganda seluruh ialah
kata dasar yang digandakan seluruhnya.
2. Kata ganda seluruh mesti
diberi tanda sempang ().
3. Kata ganda seluruh terdiri
daripada kata nama, kata
adjektif, kata kerja dan kata keterangan.
Senarai Kata Ganda Seluruh
alat-alat awal-awal baik-baik benar-benar besar-besar budak-budak cacing-cacing cepat-cepat curam-curam dalam-dalam daun-daun dekat-dekat elok-elok erat-erat gajah-gajah gemuk-gemuk hampir-hampir hitam-hitam ibu-ibu jarang-jarang jari-jari kadang-kadang kasar-kasar kereta-kereta lazat-lazat lembu-lembu lembut-lembut nakal-nakal nanas-nanas nyaris-nyaris pagi-pagi putih-putih
alat-alat awal-awal baik-baik benar-benar besar-besar budak-budak cacing-cacing cepat-cepat curam-curam dalam-dalam daun-daun dekat-dekat elok-elok erat-erat gajah-gajah gemuk-gemuk hampir-hampir hitam-hitam ibu-ibu jarang-jarang jari-jari kadang-kadang kasar-kasar kereta-kereta lazat-lazat lembu-lembu lembut-lembut nakal-nakal nanas-nanas nyaris-nyaris pagi-pagi putih-putih
1. Kata ganda ialah kata yang terbentuk daripada kata yang
digandakan
2 Kata Ganda Semu
Kata ganda semu ialah kata
ganda yang terbentuk daripada kata yang digandakan seluruhnya dan diberi tanda sempang.
Kata ganda semu mempunyai makna yang khusus.
Kata ganda semu terdiri
daripada kata name.
Senarai Kata Ganda Semu
agaragar analanal angkutangkut antinganting biribiri bulibull
dekakdekak epokepok gulagula jemputjemput jentikjentik kanakkanak kisikisi
kunangkunang
kudakuda kupukupu kurakura labahlabah layanglayang oleholeh
ondeonde panjipanji pijatpijat ramarams sumpahsumpah ubunubun umangumang
undangundang
3 Kata Ganda Separa
Kata ganda separa terbentuk
apabila sebahagian daripada
kata saja yang
digandakan.
Senarai Kata Ganda Bersajak/Berima
Semua kata ganda separa
terdiri daripada kata nama.
Senarai Kata Ganda Separa
bebawang
bebenang
bebudak
cecair
dedalu
dedaun
dedawai
gegendang
geguli
jejari
jejarum jejentik kekabu kekisi
kekunci kekuda lelaki
lelangit
lelayang pepejal pepijat pepenjuru rerambut sesiku sesungut tetamu
tetangga
4 Kata Ganda Bersajak/Berima
Kata ganda bersajak atau berima ialah kata ganda
yang mengalami persamaan atau penyesuaian bunyi (rima) di pangkal, di hujung, atau seluruhnya apabila digandakan.
Contohnya:
(a) persamaan bunyi di
pangkal: lalu-lalang,
beli-belah, dentam-dentum, dan sebagainya.
persamaan bunyi di hujung:
karut-marut, cerai-berai, calar-balar, dan sebagainya.
penyesuaian bunyi seluruhnya: compang-camping,
dolak-dalik, huyung-hayang, dan sebagainya.
Persamaan
Bunyi
di
Pangkal
|
Persamaan
Bunyi
di
Hujung
|
Penyesuaian
bunyi
Seluruhnya
|
batu-batan
|
anak-pinak
|
bolak-batik
|
beli-belah
|
calar-balar
|
compang-camping
|
bengkang-bengkok
|
cerai-berai
|
dolak-dalik
|
corat-coret
|
comot-momot
|
gopoh-gapah
|
degap-degup
|
gotong-royong
|
gunung-ganang
|
dentam-dentum
|
karut-marut
|
haru-biru
|
desas-Jesus
|
kaya-raya
|
huru-hara
|
gembar-gembur
|
kuih-muih
|
huyung-hayang
|
gerak-geri
|
pindah-randah
|
kacau-bilau
|
Gandaan Separa Separuh
1. Gandaan separa dibina dengan cara memendekkan atau
menyingkirkan bahagian perkataan asalnya.
2. Hanya diambil hujung perkataan itu.
Contohnya :
lelaki
|
bebola
|
lelabah
|
pepohon
|
jejari
|
kekuda
|
jejentik
|
kekabu
|
dedaun
|
kekisi
|
Gandaan Berirama
1. Gandaan Berirama dibina dengan menambahkan perkataan yang lain
bunyinya kepada perkataan asal.
2. Berlaku perubahan ejaan dan bunyi perkataan asalnya.
Contoh :
lauk-pauk
|
batu-bata
|
saudara-mara
|
bukit-bukau
|
kacau-bilau
|
tunggang-langgang
|
tanah-tanih
|
semak-samun
|
bengkang-bengkok
|
gelap-gelita
|
Gandaan Menyalin
1. Gandaan Menyalin dibina dengan mengekalkan kata dasarnya tetapi
diikuti dengan kata berimbuhan.
2. Perkataan keduanya ditambah me ( N )
contoh :
tahu-menahu
|
tolong-menolong
|
jahit-menjahit
|
tarik-menarik
|
kejar-mengejar
|
sulam-menyulam
|
tawar-menawar
|
kata-mengata
|
sepak-menyepak
|
karang-mengarang
|
tari-menari
|
tangis-menangis
|
rampas-merampas
|
tumbuk-menumbuk
|
simpan-menyimpan
|
Kata Banyak Makna
Kata
|
Makna
|
Contoh Ayat
|
akal
|
fikiran
ikhtiar
|
1. Budak itu mempunyai akal yang
tajam.
2. Pak Ali sedang mencari akal
untuk menyelesaikan masalah itu.
|
alamat
|
tanda
butir-butir keterangan
|
1. Bunyi guruh di langit alamat
hujan akan turun.
2. Zulkifli memberikan alamat
rumahnya kepada saya.
|
daki
|
panjat
kotoran yang melekat
|
1. Pasukan Pengakap akan menyertai
mendaki Gunung Tahan pada minggu depan.
2. Ahmad mencuci daki pada
badannya dengan sabun.
|
Penjodoh Bilangan
Penjodoh bilangan digunakan sebelum sesuatu kata atau nama yang menunjukkan jumlah atau bilangan.
Kadangkala kata bilangan disertai penjodoh bilangan seperti
batang, buah, ekor, orang, dan sebagainya.
Senarai penjodoh bilangan, penggunaannya, dan contohnya adalah
seperti yang berikut:
Penjodoh Bilangan
|
penggunaannya
|
Contohnya
|
angkatan
|
untuk
sekumpulan manusia atau benda
|
kapal,
tentera, pelukis, penulis
|
baris
|
untuk
kedudukan benda/manusia yang berbaris
|
orang,
kedai, rumah, pokok, tulisan, ayat, meja, kerusi
|
batang
|
untuk
menunjukkan benda-benda yang panjang
|
sungai,
lilin, galah, tiang, pen, pokok, gigi, tongkat, kapur, jambatan, jarum
|
bentuk
|
untuk
benda-benda kecil yang berkeluk
|
mata
kail, subang, cincin
|
berkas
|
untuk
benda-benda yang diikat bersama-sama
|
kunci,
lidi, kayu
|
bidang
|
untuk
benda-benda yang terbentang luas
|
tanah,
kain, sawah, permaidani, layar, kebun, tikar
|
biji
|
untuk
jenis buah, sayur-sayuran, dan benda-benda yang kecil
|
labu,
lobak, kubis, terung, bola, cawan, guli, belon, ketupat, batu, telur, gelas
|
Bilah
|
untuk
benda-benda yang tajam
|
parang,
pisau, golok, gunting, sabit, keris
|
buah
|
untuk
benda-benda besar dan padu, yang tidak mempunyai bentuk yang tertentu
|
kereta,
negeri, rumah, buku, kotak, radio, bandar, kampung, piano, komputer, kamera
|
buku
|
untuk
benda-benda yang keadaannya berketul/berbongkah
|
sabun,
roti, benang
|
butir
|
untuk
benda-benda yang bulat atau kecil
|
telur,
batu, manik, beras, peluru
|
carik/cebis
|
untuk
benda-benda yang dikoyakkan
|
kertas,
kain
|
cubit
|
untuk
benda yang diambil sedikit dengan jari
|
garam,
gula, kunyit
|
cucuk
|
untuk
benda-benda yang dicucuk dengan lidi
|
sate
|
das
|
untuk
bunyi letupan atau tembakan
|
meriam,
pistol, senapang
|
deret
|
untuk
benda-benda yang tersusun
|
bangunan,
rumah, kedai, kereta
|
ekor
|
untuk
semua jenis binatang
|
nyamuk,
semut, kuda, buaya, musang, gajah, arnab, rama-rama
|
genggam
|
untuk
benda-benda yang digenggam
|
pasir,
beras, padi
|
gugus
|
untuk
buah-buah ataupun benda
|
anggur,
langsat, kelapa sawit, sawit, kunci
|
gulung
|
untuk
benda-benda yang bergulung
|
filem,
permaidani, tikar, dawai, kertas
|
helai
|
untuk
benda-benda yang nipis dan lebar
|
daun,
baju, kertas, kain, tuala, rambut, rumput
|
ikat
|
untuk
benda-benda yang diikat
|
kayu,
lidi, tebu, sayur, papan
|
iris
|
untuk
benda-benda yang dipotong kecil-kecil
|
bawang,
timun, daging, buahbuahan
|
jambak
|
untuk
benda-benda yang bertangkai atau berangkai-rangkai
|
bunga,
kunci
|
kaki
|
untuk
benda-benda yang bertangkai
|
payung,
cendawan, bungs
|
kawan
|
untuk
kumpulan haiwan
|
lembu,
kambing, lebah, gajah, merpati
|
kelompok
|
untuk
sekumpulan manusia, haiwan, dan benda
|
burung,
awan, pulau, bintang
|
kepal
|
untuk
benda-benda yang dikepal dengan tangan
|
nasi,
pulut, tanah
|
keping
|
untuk
benda-benda yang nipis atau pipih
|
roti,
papan, kad, gambar, biskut, tanah
|
kerat
|
untuk
bahagian benda-benda yang dipotong
|
roti,
tiang
|
Ketul
|
untuk
benda-benda yang berketul dan padu
|
ais,
daging, tulang, sabun, roti
|
Kotak
|
untuk
benda-benda yang diisikan di dalam kotak
|
mancis,
pensel, rokok, sabun, ubat nyamuk
|
kuntum
|
untuk
bungs
|
mawar,
melati, anggerik
|
Laras
|
untuk
senjata api
|
pistol,
senapang, meriam
|
lembar
|
benda-benda
yang lurus dan panjang
|
kertas,
dawai, benang
|
longgok
|
untuk
benda-benda yang berada dalam longgokan
|
durian,
pakaian, tanah, cili
|
naskhah
|
untuk
bahan bacaan yang berjilid
|
surat
khabar, risalah, majalah, makalah, buku
|
Orang
|
untuk
manusia
|
guru,
jururawat, doktor, pekedai, runcit, posmen
|
Papan
|
untuk
benda-benda yang berbentuk kepingan
|
coklat,
petai, mercun
|
pasang
|
untuk
benda dan manusia yang berpasangan
|
pakaian,
kasut, subang, suami isteri, anak
|
pangsa
|
untuk
bahagian dalam buah
|
durian
|
pasukan
|
untuk
sekumpulan orang yang berpakaian seragam
|
pemain
kompang, polis, tentera pengakap
|
patah
|
untuk
kata
|
perkataan,
kata-kata
|
potong
|
untuk
benda-benda yang sudah dipotong
|
kuih,
daging, roti
|
pucuk
|
untuk
benda-benda yang halus serta tipis dan senjata api
|
jarum,
surat, pistol, meriam, senapang, rebung
|
puntung
|
untuk
sebahagian benda yang masih menyala
|
rokok,
bara, kayu api
|
rangkap
|
untuk
puisi
|
pantun,
sajak, syair
|
rawan
|
untuk
benda-benda yang halus, labuh, dan bersirat
|
jala,
jaring, pukat
|
ruas
|
untuk
benda yang beruas-ruas
|
tebu,
buluh
|
rumpun
|
untuk
tumbuhan yang tumbuh rapat-rapat
|
buluh,
tebu, serai, pandan, padi
|
sikat/sisir
|
untuk
buah pisang
|
pisang
|
tandan
|
untuk
buah-buahan yang bertandan
|
pisang,
kelapa, pinang, kelapa sawit
|
tangkai
|
untuk
buah-buahan, bunga-bungaan, dan daun yang bertangkai
|
rambutan,
duku, kenanga, padi, daun
|
titik
|
untuk
cecair yang menitis
|
air,
darah, dakwat, embun
|
tongkol
|
untuk
buah yang bertongkol
|
jagung
|
ulas
|
untuk
isi buah-buahan yang berpangsa
|
durian,
limau, nangka, cempedak
|
urat
|
untuk
benda-benda yang halus dan panjang
|
rambut,
benang, dawai,
|
utas
|
untuk
benda-benda yang panjang
|
tali,
dawai, rantai
|
Simpulan Bahasa
Simpulan bahasa adalah bentuk peribahasa yang paling mudah.
Biasanya simpulan bahasa terdiri daripada dua patah kata yang membawa maksud yang tepat dan padat.
Senarai simpulan bahasa beserta dengan maksudnya adalah seperti
yang berikut:
Simpulan Bahasa
|
Maksudnya
|
ada
angin
|
berkelakuan
luar biasa pada sesuatu ketika
|
ada
hati
|
mempunyai
keinginan yang melebihi kemampuan untuk melakukan atau memiliki sesuatu
|
air
muka
|
rupa
atau wajah seseorang
|
ajak-ajak
ayam
|
tidak
bersungguh-sungguh semasa mempelawa seseorang
|
ada
bakat
|
mempunyai
tokoh atau perwatakan
|
alas
perut
|
makanan
yang dimakan untuk sementara waktu sebelum memakan makanan yang mengenyangkan
|
anak
angkat
|
anak
orang lain yang dipelihara sebagai anak sendiri
|
anak
bapa
|
anak
yang disayangi oleh bapa
|
anak
buah
|
orang
yang di bawah jagaan seorang ketua atau anak saudara
|
anak
emas
|
anak
yang disayangi oleh ibu bapa atau ketuanya
|
angkat
kaki
|
meninggalkan
sesuatu tempat kerana sesuatu sebab
|
atas
angin
|
negara-negara
di sebelah barat
|
atas pagar
|
tidak
menyebelahi mana-mana pihak
|
ayam
tambatan
|
orang
yang menjadi harapan dalam sesuatu pertandingan
|
bahasa
pasar
|
bahasa
Malaysia yang tidak betul tatabahasanya
|
banyak
mulut
|
orang
yang banyak bercakap
|
batu
api
|
orang
yang suka menghasut
|
batu
loncatan
|
sesuatu
yang dijadikan alat untuk mendapatkan sesuatu yang dihajati
|
bau-bau
bacang
|
tali
persaudaraan yang jauh
|
bawah
angin
|
negara-negara
di sebelah timur
|
bekas
tangan
|
hasil
kerja tangan seseorang
|
beralih
akal
|
berubah
fikiran atau pendapat
|
beralih
angin
|
pergi
ke sesuatu tempat untuk berehat
|
berat
hati
|
enggan;
malas
|
berat
mulut
|
pendiam
atau tidak suka bercakap banyak
|
berat
tulang
|
orang
yang malas bekerja
|
berat
sebelah
|
tidak
berlaku adil
|
berbelah
bagi
|
sukar
untuk membuat keputusan
|
berhati
batu
|
degil
dan sukar menerima nasihat
|
berhutang
budi
|
patut
membalas kebaikan seseorang dengan kebaikan juga
|
bermuka
dua
|
tidak
jujur
|
bertikam
lidah
|
bertengkar;
berdebat
|
besar
hati
|
bergembira
atau berbangga akan sesuatu
|
besar
kepala
|
degil;
sukar menerima pandangan orang lain
|
buah
hati
|
orang
yang dikasihi atau dipuja
|
buah
mulut
|
sesuatu
yang menjadi perbualan orang ramai
|
bush
tangan
|
hadiah
yang dibawa ketika melawat seseorang
|
bulat
hat!
|
bersungguh-sungguh
ketika membuat sesuatu; sudah nekad
|
buruk
siku
|
mengambil
balik sesuatu yang telah diberikan kepada orang lain
|
buta
hati
|
tidak
dapat menerima pengajaran; zalim; kejam
|
cahaya
mata
|
anak
|
cakar
ayam
|
tulisan
yang buruk
|
campur
tangan
|
turut
serta atau mencampuri urusan orang lain
|
cari
jalan
|
berusaha
atau berikhtiar melakukan sesuatu
|
epat
tangan
|
suka
mencuri
|
dalam
tangan
|
sudah
pasti akan diperoleh
|
darah
daging
|
anak
kandung
|
durian
runtuh
|
keuntungan
yang diperoleh dengan tidak disangka-sangka
|
gaji
buta
|
mendapat
gaji tanpa perlu bersusah payah atau bekerja bersungguh-sungguh
|
gelap
mata
|
hilang
pertimbangan kerana terpengaruh oleh wang atau harta
|
harga
diri
|
maruah
atau kehormatan seseorang
|
harga
mati
|
harga
tetap yang tidak dapat ditawar lagi
|
hati
batu
|
degil
atau keras hati
|
hidung
tinggi
|
sombong
atau tinggi diri
|
hilang
akal
|
tidak
tahu apa-apa yang perlu dibuat; hilang pertimbangan diri
|
ikat
perut
|
menahan
lapar kerana berjimat
|
iri
hati
|
menyimpan
perasaan dengki atau cemburu
|
isi
hati
|
perasaan
dalam hati
|
jalan
buntu
|
tidak
ada jalan penyelesaian
|
kacang
hantu
|
orang
yang jahat dan suka mengganggu orang lain
|
kaki
ayam
|
tidak
berkasut atau berselipar
|
kaki
bangku
|
tidak
berkebolehan bermain bola
|
kaki
botol
|
suka
minum minuman keras
|
kecil
hati
|
berasa
tersinggung atau merajuk
|
kepala
angin
|
perangai
yang tidak menentu
|
kepala
batu
|
degil
dan tidak mendengar nasihat
|
kera
sumbang
|
orang
yang tidak suka bergaul dengan orang lain
|
khabar
angin
|
berita
yang belum tentu benarnya
|
langkah
kanan
|
bernasib
baik
|
langkah
seribu
|
cepat-cepat
lari kerana ketakutan
|
lidah
bercabang
|
kata-kata
yang tidak dapat dipercayai
|
lipas
kudung
|
cepat
membuat kerja
|
lintah
darat
|
mengambil
keuntungan berlebihan atas pinjaman yang diberikan
|
makan
angin
|
bersiar-siar
untuk berehat
|
makan
suap
|
menerima
rasuah
|
malu-malu
kucing
|
berpura-Aura
malu di hadapan orang
|
mandi
peluh
|
bekerja
kuat
|
mati
katak
|
mati
dengan sia-sia
|
membabi
buta
|
melakukan
sesuatu tanpa berfikir
|
membawa
diri
|
tahu
menjaga diri
|
membuka
jalan
|
memberi
laluan kepada orang lain
|
membuka
tembelang
|
menceritakan
keburukan seseorang kepada orang lain
|
memeras
otak
|
terlalu
kuat berfikir atau belajar
|
menarik
diri
|
tidak
turut serta; meletak jawatan
|
mencari
jalan
|
berusaha
untuk melakukan sesuatu
|
mencuci
mata
|
gembira
memperhatikan sesuatu yang indah
|
mencuit
hati
|
lucu;
menggelikan hati
|
mengabui
mata
|
cuba
memperdaya; menipu
|
mengadu
domba
|
memperlagakan
seseorang untuk memecahbelahkan persahabatan dan sebagainya
|
mengambil
angin
|
bersiar-siar
untuk berehat
|
mengambil
berat
|
memberi
sepenuh perhatian
|
mengambil
hati
|
dapat
memikat atau mempengaruhi
|
mengasah
bakat
|
latihan
untuk mengembangkan bakat
|
muka
tembok
|
tidak
berasa malu
|
mulut
murai
|
kuat
bercakap atau berbuat bising
|
mulut
tempayan
|
tidak
dapat menyimpan rahsia
|
murah
hati
|
suka
bederma; tidak kedekut
|
naik
angin
|
terlalu
marah
|
nyawa-nyawa
ikan
|
hampir-hampir
mati
|
orang
atasan
|
orang
yang berpangkat tinggi
|
otak
cair
|
pintar
atau bijak
|
otak
kering
|
kurang
siuman
|
otak
udang
|
bebal
atau bodoh
|
paku
belanda
|
barangan
yang tetap harganya
|
panas
hati
|
meradang
atau marah
|
panjang
tangan
|
suka
mencuri
|
pasang
telinga
|
mendengar
dengan teliti
|
pekak
badak
|
kurang
jelas pendengarannya; tidak dapat mendengar bunyi yang kuat
|
pembasuh
mulut
|
makanan
atau minuman yang dihidangkan selepas makan nasi
|
perang
mulut
|
pertengkaran
|
pilih
kasih
|
memberi
layanan yang lebih kepada orang yang disukai
|
pisau
cukur
|
perempuan
yang suka menghabiskan harta benda lelaki
|
puteri
lilin
|
tidak
tahan terkena panas matahari
|
putih
hati
|
ikhlas;
jujur
|
putih
mata
|
mengalami
kekecewaan
|
rabun
ayam
|
penglihatan
yang kurang jelas
|
rambang
mata
|
sukar
membuat pilihan
|
ringan
tangan
|
suka
membuat kerja: menolong orang
|
sampai
hati
|
tergamak
melakukan sesuatu kerja
|
serkap
jarang
|
membuat
tuduhan secara agak-agak atau tanpa usul periksa
|
tangan
terbuka
|
menyambut
sesuatu dengan senang hati
|
tangkai
jering
|
orang
yang kedekut
|
tawar
hati
|
tidak
mempunyai minat lagi
|
tebal
muka
|
tidak
tahu malu
|
telinga
kuali
|
tahan
hati menerima kemarahan
|
telinga
lintah
|
tajam
pendengaran
|
TANDA BACA
1. Tanda baca ialah
simbol atau tanda yang digunakan untuk memberri isyarat kepada pembaca supaya
melakukan sesuatu dalam bacaan.
2. Ia diletakkan di
temapt-tempat tertentu dalam ayat berdasarkan tujuan dan kesesuaiannya.
3. Tanda baca utama ialah
:
Tanda Noktah atau titik
( . )
Tanda
koma
( , )
Tanda tanya atau
soal ( ? )
Tanda
seruan
( ! )
Tanda sempang atau
sengkang ( - )
Tanda noktah
bertindih
( : )
Tanda pengikat kata atau
petik ( “ “ )
Huruf Besar
Penggunaan
|
Contoh ayat
|
a) digunakan bagi huruf pertama
kata pada setiap ayat.
|
a)Rumah itu di atas bukit.
b)Persembahan itu belum tamat.
|
b) digunakan sebagai huruf pertama
petikan langsung.
|
a)“Adik kamu mana ?” tanya Jamil.
b)Abang bertanya, “Betulkah awak
tidak mahu pergi ?”
|
c) digunakan sebagai huruf pertama
dalam ungkapan yang berhubung dengan kitab suci dan nama Alllah, termasuk
kata ganti untuk Allah
|
a)Yang Maha Pengasih,
b)Ampunilah hamba-mu.
c)Semoga Engkau menerima doa kami.
|
d) digunakan sebagai huruf pertama
gelaran kehormatan, keturunan, dan keagamaan yang diikuti nama orang
|
a)Haji Abdul Ghabur
b)Nabi Muhamad S.A.W
|
e) digunakan sebagai huruf pertama
untuk nama jawatan dan pangkat yang diikuti nama orang
|
Profesor Ahmad Hashim
Sarjan Major Kamarudin , Tengku
Iskandar
|
f) digunakan diawal nama khas
|
a) Sharipah, Ipoh, Terengganu,
Bank Negara
|
g) digunakan sebagai huruf pertama
nama bangsa, suku bangsa, dan bahasa
|
a)bangsa Melayu
b)orang Minangkabau
|
h) digunakan sebagai huruf pertama
bagi nama rasmi badan, lembaga pemerintah, serta nama dokumen rasmi kecuali
kata hubung
|
a)Lembaga Urusan Tabung Haji
b)Dewan Bahasa dan Pustaka
c)Semenajung Tanah Melayu
|
2.1 Tanda Titik atau
noktah.
Tanda titik digunakan...
|
Contohnya
|
(a), pada akhir ayat yang bukan
pertanyaan atau seruan
|
(a) Kereta ini baru dibeli.
(b) Esok ibu akan ke Kuala Lumpur.
|
(b) pada akhir singkatan nama orang
|
Y.A.B. (Yang Amat Berhormat),
En. (Encik)
|
(c) sebelum tanda penutup kata
(")
dalam cakap ajuk
|
Kata kakak, "Bunga itu sudah
layu:"
|
(d) untuk menunjukkan angka
perpuluhan
|
5.4, 30.2, 1 19.8
|
2.2 Tanda Koma (,)
Tanda koma digunakan...
|
Contohnya
|
(a)bagi mengasingkan kata yang
berturut-turut dalam satu ayat
|
(a) Ibu membeli ikan, sayur, dan
daging.
(b) Abu, Kumar, dan Zaidi pergi ke
Muar.
|
(b)di belakang kata seru
|
(a) Amboi, merahnya baju kamu !
(b) Eh, Azmi rupanya !
|
(c)untuk menandakan tempat
berhenti
sebentar.
|
Berikan surat ini kepada ibumu,
Ali.
|
(d) di belakang kata penghubung
pada
awal ayat
|
... Oleh sebab itu, awak diminta
hadir.
... Jadi, awak tidak mengaku
bersalah?
|
(e)untuk memisahkan unsur-unsur
dalam ayat yang berbeza-beza
|
Rumah itu besar, tetapi tidak
cantik
Katakan saya ke bandar, jika dia
datang.
|
(f)sebelum tanda pembuka kata
(") dan
penutup kata (") dalam cakap
ajuk
|
Ravi berkata, "Ini suratnya,
encik."
"Terima kasih," jawab
Encik Abu.
|
2.3 Tanda Tanya (?)
Tanda tanya digunakan...
|
Contohnya
|
(a) pada akhir ayat tanya
|
Bilakah adik kamu akan bersekolah?
|
(b) pada akhir ayat tanya sebelum
tanda penutup kata (")
|
"Apa yang kamu lihat?"
tanya Jimmy.
|
2.4 Tanda Seru (!)
Tanda seru digunakan...
|
Contohnya
|
sesudah penyataan yang berupa
seruan, perintah, atau rasa emosi yang kuat
|
(a)
Wah, perbuatan awak sudah melampau!
(b)
Siapkan kerja itu segera!
|
2.5 Tanda Titik Bertindih (:)
Tanda titik bertindih digunakan...
|
Contohnya
|
(a)
pada akhir sesuatu penyataan
apabila diikuti oleh rangkaian
|
Barangbarang yang perlu dibawa
adalah seperti berikut: parang, sabit, dan cangkul
|
(b)
untuk memberi penjelasan atau memperkenalkan sesuatu
|
Tarikh: 3 April 2000
Masa: 2.00 petang
Tempat: Bilik Gerakan
|
2.6 Tanda Koma Bertitik (;)
Tanda koma bertitik digunakan
|
Contohnya
|
(a) untuk memisahkan bahagian-
bahagian ayat yang sejenis dan
setara
|
Giginya sakit; dia tidak mahu ke
klinik.
|
(b) pada baris pertama pantun dua
erat
|
Ada ubi ada batas;
Ada budi ada balas.
|
(c) pada baris kedua pantun
empat
kerat
|
Kalau ada jarum patah,
Jangan disimpan di dalam peti;
Kalau ada silap dan salah,
Jangan disimpan di dalam hati.
|
2.7 Tanda Sempang (-)
Tanda sempang digunakan...
|
Contohnya
|
(a)
untuk menyambungkan kata yang
diulang dan kata ganda
|
murid-murid, riuh-rendah
|
(b)
untuk merangkaikan:
i se dengan kata
yang berikutnya yang dimulai dengan huruf besar
|
seMalaysia, seTanah Melayu
|
ii. ke- dengan angka
iii. angka dengan -an
|
kali yang ke-10,
tahun 1960-an
|
(c) memisahkan huruf kecil
daripada
huruf besar
|
rahmat-Mu, hamba-Nya,
sinar-X
|
2.8 Tanda Petik
("...")
Tanda petik digunakan
|
Contohnya
|
(a) untuk mengapit petikan
langsung
|
"Saya belum makan ibu,"
kata adik.
|
(b) pada jadual rencana, karangan,
novel, puisi, dan sebagainya
|
Novel "Esok Masih Ada"
memenangi
hadiah pertama.
|
Ringkasan
|
Contoh
ayat
|
Huruf Besar
1. Digunakan pada permulaan
sesuatu ayat atau selepas tanda noktah.
2. Digunakan untuk menulis Kata
Nama Khas
3. Digunakan pada awal menulis
cakap ajuk dan selepas tanda tanya dalam ikatan cakap ajuk.
4. Digunakan selepas tanda seruan.
|
a. Ibu memasak nasi.
b. Tan seorang budak yang pemalu. Dia baru pindah ke sini.
a. Amin, ketua Kelas Enam Mawar baru balik
dari kampungnya di Dungun.
b. Ahmad membaca buku bertajuk “Bukit Rahsia” yang ditulis
oleh Idris Rahman.
a. Dengan lantang ibu berkata “
Bangun, kemu sudah terlewat ke sekolah.”
b. “Bilakah awak hendak ke pekan ? Hari inikah ?” tanya Burhan.
a. Amboi, cantiknya baju dia ! Di mana dia membelinya ?
|
Tanda noktah atau titik ( .)
1. Digunakan untuk mengakhiri
sesuatu ayat yangbukan seruan atau pertanyaan.
2. Digunakan untuk menulis huruf
ringkas atau kependekan.
|
a. Dia baru pulang dari sekolah.
a. Kami melawat R.T.M.
a. Bapanya dianugerahkan pingat
P.J.K. oelh Sultan Terengganu.
|
Tanda koma ( , )
1. Digunakan untuk memisahkan
unsur-unsur yang sama dalam sesuatu ayat
2. Digunakan selepas kata seruan.
3. Digunakan untuk memisahkan
cakap ajuk daripada bahagian lain dalam ayat.
4. Digunakan di belakang pada kata
penghubung pada awal ayat.
|
a. Abang pergi ke kedai membeli
tepung, gula, bawang, biskut, roti , dan susu.
a. Wah, bijak betul budak itu !
a. Cikgu Asrul berkata, “Tolong
ambilkan buku kuning itu.”
b. “Biarkan dia lakukan sendiri
kerja itu,” pesan ibu.
a. Oleh itu, kita mesti bertindak
dari sekarang.
b. Jadi, dia pun lari dari situ.
|
Tanda Tanya atau soal ( ? )
Digunakan untuk menamatkan ayat soal.
|
Pukul berapa dia pergi ke sana ?
|
Tanda Seruan ( ! )
Digunakan di hujung ayat-ayat
seruan.
|
a. Oh, awak rupanya yang mengetuk
pintu tadi !
b. Eh, bila kamu sampai !
|
Tanda Sempang atau Sengkang ( - )
1. Digunakan untuk menulis kata
ganda.
2. Digunakan untuk merangkaikan
huruf kecil dengan huruf besar.
3. Digunakan untuk merangkaikan
awalan ke depan angka atau nombor.
4. Digunakan untuk merangkaikan
angka dengan akhiran -an.
|
a. Gunung-ganang, lauk-pauk,
bukit-bukau, kuda-kuda
b. rahmat-Nya, Se-Malaysia, anti-Amerika,
Insya-Allah.
a. Ke-60, ke-10
b. Mereka menyambut ulang tahun
perkahwinan yang ke - 5.
a. 60-an, 70-an, 80-an, 90-an
b. Irama Pop Yeh-Yeh terkenal pada
tahun 60-an.
|
Tanda Noktah Bertindih ( : )
1. Digunakan untuk menambahkan
penjelasan dalam sesuatu ayat.
2. Digunakan untuk menggantikan
maksud iaitu.
3. Digunakan untuk memisahkan
watak dengan dialog dalam sesuatu perbualan.
4. Digunakan untuk menerangkan
sesuatu dalam ayat.
|
a. Kamu mesti belajar
bersungguh-sungguh: Jika tidak berpelajaran, kita akan di pandang hina.
b. Kita mesti membantu orang yang
dalam kesusuhan : sikap yang disukai masyarakat
a. Cikgu : Mengapa awak tidak
datang ke sekalah semalam ?
Sani : Saya
tidak sengaja. Saya lewat bangun.
a. Di dalam beg ini ada :
i- buku
ii- pensil
iii- pembaris
iv- pemadam
|
Tanda Koma Bertindah ( ; )
1. Digunakan untuk memisahkan
bahagian ayat yang setara dengan keadaannya.
2. Digunakan untuk memisahkan
bahagian-bahagian ayat yang menggunakan kata hubung.
|
a. Bawakan barang-barang ini dan
berikan kepada Pak Yusof ; cangkul, sabit dan penggali.
b. Kami semua lulus dalam ujian
matematik ; Manisah 80 merkah, Tina 82 markah dan saya sendiri 88 markah.
a. Dia seorang budak yang baik ;
kami semua sayang kepadanya.
b. Buktikan kepandaian kamu ;
kalahkan pasukan mereka.
|
Tanda Pengikat Kata atau Petik (
“ “ )
1. Digunakan untuk menulis cakap
ajuk.
2. Digunakan untuk menulis nama
buku, majalah, cerita, sajak, lagu dan sebagainya dalam sesuatu ayat.
|
a. “Saya hendak pergi ke
perpustakaan,” kata Ghani.
b. Adnan berkata, “Sayalah pemain
yang menjaringkan gol itu.”
a. Cikgu Hashimi menulis sebuah
buku bertajuk, “Penggunaan Tatabahasa dalam U.P.S.R.”
|
BIDANG ILMU LAIN
(PENDIDIKAN SENI VISUAL)
CONTOH AKTIVITI
TEMA: KRAF TRADISIONAL
TAJUK: ANYAMAN TIKAR
TAHUN: EMPAT
ALATAN DAN BAHAN:
a. Kertas lukisan.
b.
Kertas pelbagai warna.
c.
Gunting.
d.
Gam.
SET
INDUKSI :
Guru membawa beg anyaman ke kelas sewaktu proses p&p berlangsung menanyakan kepada murid apakah jenis kraf tangan yang ditunjukkan. Bertujuan untuk memulakan p&p dan menarik minat serta memberi gambaran awal kepada murid tentang anyaman.
Objektif:
1. Pelajar dapat
memotong kertas warna secara menjalur untuk membuat anyaman.
2. Pelajar dapat
menganyam kertas-kertas warna dengan kertas lukisan yang telah dipotong
menjalur.
Kemahiran Sedia Ada:
Pelajar
boleh menggunting kertas dan menganyam.
Bagaimana
proses P&P:
Guru
menunjukkan demontrasi di hadapan kelas.
1. Gunting kertas
warna secara menjalur.
2. Gunting kertas
lukisan juga cara menjalur.
3. Anyam kertas
warna tadi ke atas kertas lukisan secara berselang-selang.
4. Kemaskan
hujung setiap anyaman tersebut.
Kemudian
murid meneroka aktiviti anyaman.
Menunjukkan
contoh anyaman yang telah siap sebagai ABM atau boleh
menggunakan
video dan rakaman cara pembuatan anyaman tikat kertas ini.
CONTOH ANYAMAN TIKAR KERTAS
Pada akhir P&P guru
membuat aktiviti apresiasi.
CAPAN
Tema: Alam Semula Jadi
Tajuk: Bunga ciptaan saya
Bahan: Warna air – Batang pisang, dedaun kering dan bawang
Alatan: Berus warna dan kertas lukisan
Mencorak capan
mengikut kreativiti menggunakan elemen asas
Mencorak capan
mengikut kreativiti menggunakan elemen asas
No comments:
Post a Comment